NOTA ISLAM DAN IDEOLOGI MASA KINI

files

KAWAN-KAWAN SEKALIAN. SAYA ADA WAT SUMMARY UTK KORANG STUDY BAB IDEOLOGY. SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI DAPAT KITA MANFAATKAN PADA HARI ESOK.GUD LUCK.JAWAB ELOK2 UNTUK PAPER ESOK..

KALAU ADA KEKURANGAN ATAU KESALAHAN.SILA BETULKAN SENDIRI YER.

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.


Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.


Maunah


Pengaruh wahdatul wujud..

1-semua benda di dunia adalah penzahiran Allah
2-percaya konsep nur Muhammad (asal kejadian)
3-beramal dan menerima ijazah musofahah, bukan secara kitab.
4-Ma’unah- kejadian luar biasa g berlaku pada org islam yg awam (tahu perkara ghaib).
5-Penerimaan wahyu oleh manusia..bukan rasul.
6-tasawul dengan org yg sudah mati.


Black metal
Aqidah
1. Pijak Quran.
2. Puja iblis Setan
3. Free thinker
4. Anti Tuhan
5. Mengaku murtad

Syariah
1.Dakwa pengikut syaitan
2.Puja api
3.Minum arak
4.Seks bebas
5.Galak membunuh dan bunuh diri

Akhlak
1.Suka muzik puja setan
2.Minum darah sbg anti tuhan


Qadiayani

1. Miraza Ghulan Ahmad dakwa:
2. Sebagai nabi yg terima wahyu
3. Imam mahadi
4. Isa al masih
5. Ada mukjizat
6. Para nabi menyaksikan dirinya
7. Malaikat sebagai panca indera tuhan
8. Kubur nabi isa di Srinigar


Naqsyabandiah
1. Dakwa pembawa ajaran
2. Tarikat ini diwahyukan kpd nabi muhd sblm jd rasul
3. Bayangkan wajah tok guru semasa ibadat (dikabul Allah).
4. Sebelum naik haji..jom pegi medan dulu.
5. Perokok tak masuk syurga.

Ayah Pin
1. Dia dan Nabi Muhd jer berguru dgn jibril.
2. Kena jumpa Allah dan rasul dulu baru leh caya.
3. N.Muhd cantum zabur injil taurat untuk bentuk quran
4. Bakar quran.abu quran kumur kat badan ayah pin
5. Nyawa manusia ditangannya sbb diapegang kunci akhirat.
6. Mengucap syahadah mesti iktikad namanya dlm hati.
7. Tak percaya kiamat
8. Jika ahli mati, dia tentukan syurga atau neraka.

Rufaqa
1. H.Asyaari adalah mujadid,S.Muhd Al Sukaimi adalah imam Mahdi dilantik untuk angkat martabat islam.
2. Dpt ilmu scr langsung dari al suhaimi dan nabi muhd dan ilmu allah.
3. Minda abuya 1/46 kenabian (wahyu) dan sbg Al Quran dan Hadith
4. Pejuang terdiri daripada malaikat, jin islam dan muqaddat
5. Boleh tangguh dan pindah ajal.
6. Boleh bagi syafaat di padang masyar
7. Solat jumaat tak wajib.

Tajali
1. Dua unsur insan; Unsur batin (rohani) itu adalah Allah dan zahir (jasmani) itu adalah Muhammad.
2. Diri batin kita adalah Allah(berdasarkan konsep tasawwuf wahdatul wujud).
3. Matlamat mengajar ilmu hakikat; menjadi Allah pada zahir dan batin sehingga tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata kerana kita berasal daripada Allah dan akan kembali menjadi Allah.
4.Mendakwa bahawa tanpa Muhammad, tentu Tuhan tiada.
– manusia = Muhamad
– ( م ) = kepala manusia
– ( ح ) = bahu
– (م ) = punggung
– ( د ) = kaki
• Nur Muhammad =pengaruh ajaran Syi'ah
5.Matlamat akhir pengajian ma`rifah adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam gha’ib yakni Ahad.
Berpandukan hadith mawdhu` (palsu)
hadith mawdhu :

Wahai Jabir! Yang pertama kali diciptakan Allah ialah nur NabiMu".

6.Kalimah syahadah ditafsir
– bilangan kalimah
– dan kalimah itu ikut bilangan huruf.
– huruf dtafsir dgn kalimah martabat tujuh, kebatinan.


Syiah
1. Aqidah

a) Imam2 maksum
b) Imam mahdi muncul bsama dgn org tg telah mati untuk hukum Umar,abu bakarusman muawiyah, dll.
c) Berpura2- bagi mnegelak bahaya kepada diri dan harta tapi bukan dlm hati (kecuali arak dan menyapu khuf)
d) Sanjung ali keterlaluan
e) Nikah mut’ah- tolak pemansuha syariat
f) Menanmbah syahadah – tamah nama ali selepas nabi.
g) Tolak hadis Sunnah waljamaah walaupu mutawattir.
h) Khalifah diwasiat secara nas
i) Ilmu allah berubah ikut suatu peristiwa g terjadi pada manusia.
j) Kafirkan sahabat.
k) Umar,usman,abu bakar,muawiyah- 4 berhala quraish adalah musuh allah.
l) Ali dan imam sahaja hafal quran dgn sempurna

2. Syariat
a) Tolak ijma ulama dan qias

3. Umum
a) Ziarah kubur husain masuk syurga
b) Seksa tubuh badan pada 10 muharam
c) Hina isteri nabi
d) Jama solat dalam semua keaadaan
e) Solat duha bid’ah
f) Immamah dan khalifah adalah rukun islam
g) Islam tak syarat wajib haji.


Fasisme
1. Agungkan kuasa mutlak @pememrintahan diktator
2. Tanpa demokrasi

Kapitaslisme
1.Materialisme
2.Meraih keuntungan sebanak munkin an kukuhkan harta,pangkat dan kedudukan
3.Ekonomi dalam tangan pemodal dan kuasa melebihi politik
4.Bebas untuk apa sahaja cara utk kaut untung
5.Manusia boleh buat hukum dgn apa yg drasakan sesuai
6.Tolak aqidah,syariat dan akhlak mulia
7.Riba
8.Kuasa penentu sistem mirip pemilik modl
9.Barang2 debebakan engan kos pengiklanan
10.Unsur monopoli

Liberal

1.Bebasa dan bukan hamba
2.Agama ditinggalkan
3.Agama ditafsir guna akal
4.Hemunatik
5.Setiap manusia adalah tuan nyawa dan bebas melakukkan apa sahaja asalkan menghormati hak org lain.

9 Note:
gravatar
qyla berkata...
Rabu, April 16, 2008 4:38:00 PTG  

rajin tol ko..semoga mereka yang menggunakan nota ko,dapat jawab peksa dengan jayanya dan ko dapt pahala yang berlipat ganda..amin..

"kap, ba, ra, kap, alip, ta,nun"

gravatar
sHe berkata...
Rabu, April 16, 2008 4:40:00 PTG  

metaceh banyak sbb memudahkan cayer yang malas stadi.. :)

gravatar
Tanpa Nama berkata...
Rabu, April 16, 2008 10:00:00 PTG  

wei qyla, nak jawab exam untuk subjek apa ni..??

gravatar
sHe berkata...
Khamis, April 17, 2008 11:44:00 PG  

islam ideologi lah sob.. :(

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Jumaat, April 18, 2008 7:44:00 PG  

[qyla]
aritu.note present ni xde..aku jz combine..hampeh...skit jer masuk...T_T

[adik]
yeker malas study..nnt dean jugak..

[sob]
Islam dan Ideologi masa kini..subjek yg best gilos..

gravatar
amni berkata...
Sabtu, April 19, 2008 2:05:00 PTG  

good article haikel.. tapi ni kak amni nak tambah sikit dengan izin tuan yang dipertua =)

patutnya kena tambah satu lagi tu. Wahabi : aqidah mentajsim kan ALLAH iaitu mengatakan ALLAH itu bertempat, sedangkan ALLAH ada di mana2. depa jugak kata ALLAH itu mempunyai bentuk kerana mentafsirkan ayat quran "yadullah fauqa aydihim" iaitu sebagai tangan sedangkan jumhur ulama mengatakan "yadullah" itu sebagai kuasa ALLAH, bukan tangan kerana jika ALLAH bertangan maka ALLAH itu menyerupai makhluk. Tak mungkin! MAHA SUCI ALLAH dari segala persamaan sifat dengan makhluk.

seterusnya sidang dewan sekalian, pembetulan bagi ajaran Naqsyabandiyah. itu bukan sebuah ideologi. hanya sebuah tariqat atau jalan amalan bagi menghampirkan diri kepada ALLAH. naqsyabandiyah ada pelbagai jenis, Qadiriyah wa naqsyabandiyah, naqsyabandiyah khalidiyah, naqsyabandiyah zainiyyah, naqsyabandiyyah 'aliyyah dan lain2.. tak semua ajaran sesat. ada yang betul, tapi pengikutnya menambah2 demi kepentingan peribadi.

macam Islam sekarang, demi kepentingan peribadi, ditambah2 menjadi Islam Hadhari, Terengganu Bistari. heheheh..

Sekian hujah panjang lebar saya. harap diterima seisi dewa. wassalam =)

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Sabtu, April 19, 2008 2:15:00 PTG  

saya buat ni pon sbb nk tolong memeber2..last minit..sbb list ajaran sesat tue yg student kena pizen..so xde nota yg jelas lagi nyata...

masa pizen xde sorg pon amik tajuk wahabi...yg sedihnya..wahabi kuar time exam...bila kak amni bg maklumat macam ni..baru saya sedar..jawapan saya salah...T_T...saya igt wahabi still dlm as sunnah wa aljamaah..cuma dia suh tajdid blk dari teras...haih..salah daaa...

tq kak amni...sori la..sbb blog ni bkn ilmiah sgt..lebih kepada pengguna kata2 kesat..mgkin kak amni agak kurg senang klu baca blog saya..sori...

gravatar
amni berkata...
Sabtu, April 19, 2008 9:17:00 PTG  

haha, akak dah baca lama.. blog adalah milik peribadi.. so, tak perlu nak kontrol2.. siapa terasa dia jgn baca.. kan konsep langit terbuka sekarang ni..
wahabi mengaku depa lah paling ahlus sunnah sekali. tapi hakikatnya kebanyakan yang menurut tu hanya tahu tentang nak tajdid sahaja, membid'ahkan manusia, menggalakkan permusuhan. kalo korang semua nak tahu, puak2 wahabi nilah yang menghancurkan tinggalan sejarah seperti rumah kelahiran Rasulullah, perkuburan syuhada' di madinah, memagar gua hira', menjadikan rumah Nabi dan Khadijah sebagai parking lot hotel, memindahkan laluan sa'ie antara bukit Safa dan Marwah dan macam2 lagi.bukan ke semua tu tinggalan sejarah yang patut kita reserve?
tapi dihancurkan atas alasan takut org bid'ah dengan menyembah2 nabi. banyak lagi boleh dibaca kat blog http://bahrusshofa.blogspot.com berkaitan wahabi dan syiah. Ustaz abu Muhammad penulis blog tu org yg berilmu insya ALLAH.. Good Luck exam

gravatar
Air Setitik Team berkata...
Jumaat, Ogos 08, 2008 12:48:00 PTG  

Please visit our updated blog at http://airsetitik.tk or http://airsetitik.co.cc.
Thank you and look forward to having your thoughts.

Air Setitik Team

Catat Ulasan