Serius: Masih Ada Yang Sayang

files




Berbaloikah mati sebab cinta? Sekali gaduh..sekali toreh lengan… Dua kali gaduh, habis sepapan panadol ditelan. Maybe you feel like that’s the only way you can get attention from others?

Kalau semua masalah selesai dengan cara ini aku rasa kat bumi mesti dah lengang dan yang tinggal cuma makhluk yang tuhan bagi otak tapi akal takda.

Majoriti umat manusia kat bumi setiap detik makin lama makin padat, tumpat, tepu sebab diorang berterusan pakai otak untuk hidup dan membiakkkan zuriat supaya mereka berharap pewaris mereka dapat merasa nikmat hidup di dunia. Bukan senang nak dapat peluang untuk hirup udara kat dunia. Sebab, life is once, Plan a lot, manage your time well. Struggle to gain positive attitude because its like a magnet. It'll draw good things to us. When we think positively, positive things will come. It is the same as sowing and reaping. What we sow is what we will reap. When we purpose in our heart to sow a positive attitude, then good things will come our way. The key is to not let anything get us down.

Minority suicidal thought ni bagi aku golongan lagi naif dari lembu mahu pon kambing. Sebab tension macam mana pon kambing atau lembu diorg masih kenal mana rumput mana panadol. Kambing dan lembu tidak akan ke kedai Ah seng untuk membeli racun tikus. Kambing dan lembu tidak akan naik ke tingkat 12 untuk terjun ke parking lot. Tau sebab apa? Dorg sememang tadak akal dan tak terfikir pon untuk ke kedai atau menaiki tangga, secara hakikinya lah.Jadi hari-hari yang mereka lalui adalah untuk survivability semata-mata sama seperti insan bernama manusia cuma nikmat hidup kita lebih bermakna. Kalau kita ingin menamatkan hayat luar dari hukum alam, aku pasti lembu dan kambing tergelak golek kegelian jika mampu berbuat demikian.

Ingat wahai saudara/i, aku menegur bukan bermakna suatu penghina tegar kepada kamu dan kamu. Aku mahu kamu sentap dan terkesan. Pendekatan individu berbeza berbeza. Bukan bermaksud bila aku kasar bahasa disini aku tak sayang kamu semua..bukan…tapi aku nak kamu sedar bahawa hakikat hidup ini bukan sekadar untuk bercinta, bekerja, beramal… malah lebih dari itu… aku tahu kamu mampu buat yang terbaik untuk hidup kamu sendiri. Jika sia-siakan setiap hembusan nafas. Tak berbaloi. Sangat sangat sangat tak berbaloi. Tolong…

Masih ada yang sayang…



Gurl Gurl dan Si Tongkat Sakti

files


Tongkat Sakti takkan kekal sesakti saktinya . Adakala ia tak punya bisa seperti kebiasaan. Sebab Tongkat Sakti juga ada energy limit.


Jangan patahkan Si Tongkat Sakti jika suatu hari nanti ia sudah tidak berguna lagi.

Harus diingat. Hakikat wujud asalnya Si Tongkat Sakti dari kayu patah yang dicantum pelekat . Barangkali akan patah lagi, malah makin rapuh.