Diary Seorang Putera..

files




Setiba di rumah….

Jam menunjukkan 7.15pm…

Perut ku mula menyanyi-nyanyi….

Nyaring sekali…

Ternyata sepinggan nasi yang ku ratah tengahari tadi di Restoran MZA tidak dapat bertahan lama….

Hafiz membantu memunggah barang yg dibawa dari rumah sewa…

Menyedari masa untuk bermastautin di Terengganu hamper tamat…

Maka persediaan yg lebih awal perlu dilaksanakan….

Setelah penat memindahkan barang-barang masuk ke dalam rumah…

Mamaku menjemput Hafiz menikmati sedikit juadah…

Tetapi Hafiz menolaknya kerana ingin segera pulang…

Mungkin umminya sedang menunggu ketibaan anaknya…

Selepas menghantar hafiz ke keretanya…

Aku dan mama masuk kedalam rumah sambil berborak…

Selepas seketika…aku hamper terlupa melakukan suatu ibadah…

Tanganku dihulur…kecium tangan mama…

Rindu rasanya..tapi rinduku hanya ku simpan di dalam hati…

Entahlah..mengapa susah benar untuk ku meluahkan rasa sayang, cinta dan rinduku kepada ibu tercinta…

Ayahku masih maisih berbaring dikamar…

Wajahnya menggambarkan kepenatan…..

Aku bersalaman dan mencium tangan ayahku…

Dingin…

Seorang ayah yg kurang bercakap…

Mungkin disebabkan peristiwa lama membuatkan kami kaku berbicara…

Tapi ku tahu….kasih dan sayang antara kami masih utuh..

Antara seorang ayah dan anak…

Mama memberitahuku…

Ayah baru sahaja pulang dari KL….

Aku mengangguk sebagai tanda faham….

Selepas solat maghrib di kamarku…

Aku turun…

Arah tuju yg paling utama…

Dapur…

Ku selongkar satu persatu…

Kosong…

Di atas meja…

Saji dibuka…

Hanya ada …

Dua biji bahulu…

Semangkuk sisa mee sup…

Peti sejuk ku pandang dengan penuh harapan….

Pintu peti dikuak seluasnya…

Mataku liar mencari….

Beberapa biji mangga…

Jus durian belanda marigold…

Air kelapa sebungkus…

Haih…aku mengeluh…

Bahagian beku peti sejuk diterjah…

Sedikit sinar terhidang…

Aiskrim!!!!...

Dua pilihan…

Vanilla atau cornetto poper?....aku bermonolog…

Cornetto poper. Berperisa coklat ku cuba dahulu…

Ermm…tekakku kurang menerima kehadiran cornetto poper..

Dua biji habis…

Nafsu makan ku terbantu…

Mamaku muncul…”lapar?”..suatu pertanyaan muncul dibibirnya….

“biasa-biasa jer”…bohongku…

“Arini pasar malam…nnt pegilah beli yer..”..ternyata naluri seorang ibu tidak mudah ditipu….

“Erm..takpelah….malas..”..balasku ringkas…

“Makan lah aiskrim”…beritahu mama sambil membuka peti sejuk…

“dah makan dah..cornetto poper..tp tak leh masuk sgt..”..aku seperti menolak secara halus..

“Mama pun sama..saja jer mama beli…rumah ni dah takde sapa-sapa..mama, ayah,anis (adik bongsuku)..”…

Hati kecilku menjadi serba salah… aku jarang sekali pulang…aku mengeluh didalm hati…

Ayahku selalu outstation…mama sunyi...hanya anis sebagai teman…

Mungkin aku terlalu sibuk dengan aktiviti kampus…atau aku yg pentingkan diri?...

Mama berlalu ke kamarnya…

Mama muncul…

“nak makan apa?”..satu pertanya lagi muncul dari mama…

“ermm..apa-apa jelah…yg nampak sedap..tak kesah pon…”…

Mama mengomel…mungkin jawapanku terlalu umum”..

Aku tersengih…..

Ayah dan hanis keluar…

Menemani permaisuri rumahku ke pasar malam…

Hatiku serba salah…

Kerana malas..mama menjadi mangsa…walaupun bukan aku yang pinta….

************************************************************************************

Alhamdullillah…

Juadah yang terhidang dijemput masuk ke mulutku….

Nasi bariani….

Yong Tau Fu…

Air Batu Campur….

Tiga bantaian ini sahaja membuatkan kilasan pelikatku ketat…

Mahu sahaja di longgarkan…

Tapi ku biarkan…malas…kenyang……

Burger….

Murtabak…

Dan ayam goreng tak mampu ku telan lagi…

Ku simpan sahaja dalam bungkusan plastik yang berasingan…

Adikku…bertanya..banyaknya beli makanan…?

“abg Qer lapar….”…mamaku sambil memuncungkan mulutnya kearahku….

Hatiku tersentak lagi….tersentuh…..

Malam… hujan turun lebat…

Tidurku lena…..nikmat…

************************************************************************************
Pagi yang gelap kini sudah terang…..

6 Note:
gravatar
sHe berkata...
Jumaat, April 04, 2008 12:33:00 PTG  

ermmm..tersentuh....

gravatar
Alyn Tahir berkata...
Jumaat, April 04, 2008 1:22:00 PTG  

hmm... no comment... haih

gravatar
qyla berkata...
Jumaat, April 04, 2008 2:45:00 PTG  

erm..ermm...erm..dan ermmm lagi..sekian

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Jumaat, April 04, 2008 9:50:00 PTG  

aku igt nk wat novel da...

gravatar
Azri Ace berkata...
Jumaat, April 04, 2008 10:32:00 PTG  

Sebak.

Pilu.

Rindu keluarga.

Lapaq pn ada gak.

Haikel tomey.

Haikel syg family dia.

*kalau beliau syg kawan2, mesti ada buah tangan dari kelantan:D

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Ahad, April 06, 2008 3:40:00 PTG  

buah tgn da d beli... mntk ngn alyn..huhu...

Catat Ulasan