Hati Bersiual Tanpa Henti. Peeeeeeeeeeeewiiiittt!!!!!

files ,

Dengan tenang dan perlahan tangan ditakbirkan seiring mulut terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. Aku hayati dengan menafsirkan ibu surah yang dibaca Imam.

“Segala puji bagi Allah..tuhan semesta alam. Engkau lah yang maha pemurah lagi maha pengasihani…..amin”

Mata tetap khusuk memandang lantai yang menjadi alas sujud. Tenang. Dengan tiba-tiba jantung berdegup seikit laju dari kebiasaan. Mata khusuk tadi beralih arah kepada anak kecil disebelah aku. Lagak gaya seperti sedang menggentel sesuatu yang dikorek dari serombongnya.

Tak semena-mena hati aku berbisik...

“ Ya Tuhan, janganlah Engkau memberi ujian keatas ku seperti umat-umat terdahulu. Jauhkan lah dari sebarang gangguan ketika aku yang lemah ini sedang mengadap Mu.”

Si anak kecil tadi selesai menggentel dan meletakkan tahi bijih sebesar nasi itu dihujung jari telunjuk. Dijentiknya jisim yang tidak bernyawa itu. Dalam sekelip mata tahi bijih tadi placing baikkkkkk punyer kat tempat yang bakal aku sujud. Tiada lagi monolog hati. Yang ada Cuma jiwa celaru yang berlegar dari awal rakaat sehingga salam terakhir.

Wahai bakal bapa. Didiklah anakmu supaya menjaga kebersihan diri. Sesungguhnya, Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.






JIwa celaru membangkitkan persoalan yang berbulan-bulan dipendam.

Si kunang-kunang terbang tanpa cahaya. Adakah ia tetap dipanggil si kunang-kunang?
Rindu dicantas ego. Adakah ia tetap digelar rindu?
Cinta yang telah lama berputik tanpa disimbahi sinaran kasih. Adakah ia akan berusaha berkembang untuk mekar sepanjang musim?

Satu persoalan yang aku kira punya satu jawapan : Aku dah gila.






Kawan. Bantu aku hilangkan kemurungan. Gelikan hati aku untuk bergelak ketawa bersama-sama. Sekang mata dan maniskan lidah aku melebihi masin air mata.

video

Julang Tinggi Tingi Sampai Cucur Atap

files

Bila setiap kali tahun baru, melimpah-limpah azam dari member. Tapi aku? Kosong. Buat suatu yang rutin sudah lebih dari yang cukup. Semalam, melihatkan perut comel aku bertambah -tambah comel. Maka, semalam bermulanya satu resolusi baru ditubuhkan dan berkuat kuasa serta merta bagi memulihkan kebahagian benih dalam kantung scrotum :

1. Jogging paling kurang 2 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Lutut aku dah longgar. Maka jarak yang sewajar untuk lelaki macam aku hanya 3 KM. 10 minit untuk 1KM sebgai permulaan.

2. Selama ni aku hanya minum air segelas sehari, itu pon teh ais kedai mamak. Ia sangat tidak bersesuaian dengan kadar tinggi metabolism badan aku. Keperluan bekalan air bersih akan ditingkatkan 0.03 liter untuk setiap kilo berat basah aku.

3. Jika sebelum ini, aku makan 500 gram nasi per hidangan menyebabkan lebihan tenaga ditukar kepada lemak terhasil. Jadi, hidangan harian aku untuk gaya hidup baru ialah sayur berlaukkan 1/5 jumlah asal pengambilan nasi . Isnin dan Khamis sahaja boleh berlaukkan ayam atau daging.

4. Jika dulu aku keluarkan fatwa pengharaman makan Megi. Disebabkan faktor kewangan, ia terpaksa dimansuhkan. Perlaksanaan semula fatwa masih dalam proses perbincangan monolog diri sendiri.

Harini Amri Yahyah , ko akan dijulang setinggi petala langit ke 7...

KUALA LUMPUR - Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan ke-61.Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan ke-61.

Dan aku sangat yakin esok, hanya kutukan mengiringi Malaysia sehingga petala bumi ke 7.

KUALA LUMPUR - Manchester United akan beraksi dalam perlawanan kedua menentang Pilihan Malaysia pada pukul 8.45 malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gersangnya Si Lada Hitam Melihat Kelibat Lada Sulah

files ,

“Melentur Buluh Biar dari Rebung”

“Eeeii..buah apa ni?” Tanya seorang pegawai dengan suara halus macam pondan sambil menyisir ramabut pakai jari.

“Encik ni manja betul, pura-pura tanya pulak. Ni buah manggis encik.. Encik nak rasa? Ambil lah, dalam plastik?” molek benar pelawaan dari pekerja kepada pegawai suara halus macam pondan tu.

Pegawai bersuara halus macam pondan masih diam. Termenung memandang buah manggis.

“Kenapa encik? Encik mau saya kopek untuk encik kah? “ perkerja terkebil-kebil kehairanan melihat tingkah pegawai tersebut.

“ No, thankz.. Sorry I tak makan manggis. Ibu tak pernah bagi pendedahan kepada I.”


“Melentur Buluh Biar dari Rebung”

“Tunang you kerja apa ? sinis pertanyaan pegawai bersuara halus macam pondan kepada salah seorang pekerjanya.

“Tunang I bukak kedai bundle encik” dengan tersipu sipan bangga si pekerja itu menjawab. Yelah, mana taknyer, bakal suami seorang businessmen yang berjaya.

What?!!Bundle? Ibu tak kasi I pakai baju bundle. Klu ada baju bundle, mesti dia buang.”


Melentur Buluh Biar dari Rebung.

“ Jamuan makan ni takde sudu ker?” Suka betul Pegawai bersuara halus macam pondan ni bertanya kepada pekerja bawahanya.

“Tah la..tak ada kot.. lagi pon ni jamuan kesyukuran. Jemput makan encik?” dengan sabar pekerja pegawai bersuara halus macam pondan melayan kerenah bosnya.

“Ibu..Ibuuuu……..Ibuuu….nak sudhu….” Seakan berbisik permintaan separa sedar dari pegawai bersuara halus macam pondan itu.


Melentur Buluh Biar dari Rebung.

Tut…tut…….Tut…..tut…tut…

. “ Kenapa tak angkat ni..” Pekerja bawahan cuba menembusi panggilan pegawai bersuara halus macam pondan yang sedang bercuti selama 2 hari.

Tut…tut…….Tut…..tut…tut…

“Cepat la angkat..ada hal urgent ni!!” Pekerja pegawai tersebut sedikit geram.

“ Macam mana?dapat?” muncul penolong pengurus dengan muka penuh kerisauan.

“Maaf puan, tak dapat” dijawabnya dalam nada serba salah.

“Takpe.. awak cuba call telefon rumah” Puan penolong pengurus mecuba nasib dengan talian hayat terakhir.

Tut..tut…Tut…Tut…

“Hello, maaf mengganggu anak puan yang sedang bercuti. Boleh saya bercakap dgn Encik XxXxXx?” dengan pantas dan teratur pekerja bawahan bertanya kepada Ibu pegawai bersuara halus macam pondan itu.

“Maaf, dia outstation. Bukan ker dia pergi kursus dekat penang?” jawab Ibu pegawai dalam nada separa cungap.

Nota kaki : Alasan bercuti kepada pengurus, mahu meluangkan masa dengan keluarga. Tapi bila pekerja bawahan tanya, pegawai tersebut bagi alasan nak spend masa dengan teman wanita. Vouge you !!~~





Ibu aku tak pernah dedahkan aku dengan teknik pertukaran kacuk Ultraman - ironman. Tapi aku degil dan tetap melakukkannya secara senyap dirumah sewa Kampung Pak Tuyu.

Bayangan Generasi Muda Ala Mergastua

files ,

Disuatu sudut, sebuah mesin bergerak dengan kadar halaju sekejap laju sekejap perlahan dari stesen UKM ke KL Sentral. Kaki aku dah mula capet berdiri. Mata tidak selincah semalam, sebab hari ini majoriti warga Nepal dan Bangla yang bertempek disekeliling aku. *Bosan .

Setiba di Salak Selatan, baru menampakkan rezeki untuk kaki dan mata berehat.

*Lega

Stesen seterusnya, naik tiga perempuan tua dan secara spontan bangkit anak dua anak muda memberikan tempat duduk . Seorangnya budak sekolah dan seorang lagi warga Nepal (yang disangka perempuan tua rakyat Malaysia) .

Aku yang pada ketika itu dengan bersungguh-sungguh sedang memerah otak sehingga secara tidak sengaja mempamerkan wajah Sherlock Holmes sedang berfikir. Monolog hati masih berterusan samada mahu atau tidak mendermakan tempat duduk memandangkan ia sedikit jauh dari member perempuan tua yang lain.

Tiba-tiba, suara garau lantang yang bisa kedengaran satu gerabak menegur aku. Suara dan rupanya iras-iras cam ahli sihir dalam cerita Drag Me To Hell. Horror~~

Are You Surprise?!!”. Diulangnya soalan sama dua hingga tiga kali.
( Makna dalam Bahasa Melayu panjang sket : “Adakah ko terkejut sebab dorg bagi seat ni kat aku?”)

Aku agak kabur tentang pertanyaan tersebut. Adakah ia benar milik aku untuk dijawab? Selepas yakin ia sememangnya sah ditujukan kepada aku. Dengan gagap aku menjawab.

“No…. No ~~~ ”.

Perempuan tua tadi menyindir seperti mahu bersabung.

“It is good to be Malaysian, they do to respect old people”
“You learn to respect old people at school?” Soalan ini beralih arah kepada budak sekolah tadi memandangkan aku tak melayan.

“Yes… Sure..sure” dengan separa gagap bercampur megah budak tadi jawab.
“Ohh..you can speak English!!!” Perempuan tua tadi seakan teruja.
“Sure.. I belajar in high school. At school, we speak English in Science and Matematik”.

Wajah aku mempamerkan aksi teruja. Cool!!!!

Sambil aku dan orang sebelah yang tak pernah aku kenal berkekek2 ketawa. Kami berdua berpandangan antara satu sama lain. Mata bertentag mata. Hanya kami yang gelak. Mungkin Nepal dan Bangla buat-buat tak faham kot.

p/s:
Sekarang baru aku sedar, pentingnya PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai medium pembelajaran Bahasa Inggeris sehinggakan pelajar sendiri tak sedar wujudnya subjek bahasa yang sepatutnya mereka tekankan jika mahu menguasainya.

Dan mungkin suatu hari nanti, ini yang akan berlaku dikedai mamak.

“Mamak, Please give me a beaker of ice lemon tea, one conical flask of fried noodle. Don’t forget to bring me spatula. If not, how can I finish my meal? Except you can provide me a pair of rubber glove to eat by hand. And the most important things, microscope and Petri dish. I want to check your food contaminate with E.Coli or not.

Wei mamak with unfunctional medulla oblogata, don’t make me ask again next time
.

Gelak Cap Mata Berkaca

files

Ice Aged 3.

Im coming!!


p/s: Lea cepat bersiap.. Aku sama Majey tunggu kat Mid Valley Pkl 11.00 am.