Musim kenduri kawen fasa pertama mungkin dah hampir berakhir untuk tahun 2009 memandangkan cuti sekolah dah habis. Dan bila bercakap soal kawen, ia buat aku teringat masa muda2 dulu. Aku selalu terbayang akan ke gerbang perkahwinan seawal umur 25. Tapi selepas aku mengharungi usia muda aku dengan bekas dua calon isteri, aku dapat merasakan tempoh kawen aku akan menjadi semakin lambat. Mungkin bayangan indah aku ni perlu ditangguhkan untuk suatu tempoh yang agak lama. Tak mustahil, perkahwinan aku akan mencecah angka 30-an ketika itu.
Dulu perkahwinan adalah antara matlamat hidup aku yang utama selain bekerjaya, punya rumah dan berkereta. Bila sudah berlaku malapetaka dalam bercinta, mood untuk "mencari calon seterusnya" semakin terbantut ( tapi xbermakna aku akan menukar selera kepada lelaki). Keterbantukan menjadi semakin serius dan ia merupakan suatu perkara yang ngeri untuk dibincangkan selepas melihat aksi video terlampau ini. Aku memang tak boleh bayangkan betapa deritanya aku klu dapat isteri camni. Euuuuhh...!!! (Klu dapat betul, mesti org cakap aku kena madrem)
Walaupun taste utk calon isteri aku mesti seorang yang terampil dan cantik, tetapi aku akan tetap pastikan si dia tidak punya baka seperti "Perempuan Norbit" di atas. Masa kawen, slimriver. Genap 2 tahun, figure badan dah macam Bigshow atau Rikishi . Jika ia benar2 berlaku, itu merupakan mimpi ngeri saban hari yang perlu aku tanggung bersama anak-anak sepanjang hidup aku.
p/s :
Jangan salah pilih isteri. Nanti menyesal tak sudah kedian hari. Memang betul rupa paras bukan ukuran, ia lebih kepada Bonus sepanjang hayat untuk Si Suami jika punya isteri yang cantik, anggun dan mengiurkan. Apa yang penting, akhlak @moral yang perlu disandarkan, diselang-seli dengan komitmen yang tak berbelah bahagi. Banyak2 doa dan Istikarah Hint, mintak ngan Allah agar dibuka segala pintu rezeki dan dipermudahkan dari sebarang kesulitan. Mintak jugak dengan Allah, agar diperkenankan doa2 untuk mendapat peneman hidup yang akan membahagiakan kita Dunia dan Akhirat.