Aku Rindu Untuk Pagi Bersama Kamu

files


Hari Pertama
Oat, Kismis, Serunding, Kurma, Air Suam
Hari Kedua
Nasi Putih, Serunding, Kurma, Air Suam.
Hari Ketiga
Nasi Putih, Serunding, Kurma, Air Suam.
Hari Keempat
Nasi Putih, Telur Dadar (Lauk Berbuka Semalam). Gulai Labu masak Kuning (Lauk Berbuka Semalam juga )
Sungguh. aku rindu Roti kosong dan telur bawang banjir versi diatas.

Why I'm Bloging?

files

Aku lebih suka berblog bukan semata untuk mengutuk tapi sebagai medium yang melempiaskan nafsu hati yang serasa terbakar, terhina, tertindas, terkeciwa, terindu, tercinta, tergembira, tertawa. Maka dengan permulaan “Ter” inilah wujudnya hint perihal-perihal yang dicoretkan dari semasa ke semasa. Catatan yang tertera bukan dalam bentuk paksaan fizikal untuk menaip tetapi lebih kepada omongan hati bila ingin berbicara.


Dulu semasa muda, terpanggil aku untuk berblog bukan atas dasar suka-suka tapi hati terpanggil untuk menyahut salakan dari seseorang yang dulunya mengisytiharkan dirinya sebagai sahabat sehidup semati tak mau. Tembelang terpecah apabila aku terbaca diari hidupnya yang juga tercoret didalam blog kerna dia tersalak terlebih-lebihan.


Gunting dalam lipatan? Talam Empat Belas muka? Lidah bercabang? Murai tercabut ekor? Kera kena belacan? Sila tag pada si fulan itu.
Itu sememangnya scubit unktan dari aku keatas barang lama, Cuma yang buat aku terkilan, lakonannya agak mantap buat aku tak sedar kerana selama dalam tempoh cacian tersebut aku sedikit pon tidak terlintas untuk melebelkan beliau seperti peribahasa diatas. Itu ceritera dahulu. Sekarang tidak lagi. Sekelumit dendam pon tiada. Baran aku dalam sela waktu tertentu sahaja, bukan sepanjang hayat hidup aku. Walau apa pun. Ribuan terima kasih kepada si fulan tersebut. Kalau bukan kerana dia, dunia blog ini mungkin aku tidak kenal.

Tag :



p/s:

Angkara "Ter" maka lahir lah http://hintdariperihal.blogspot.com/

Patah Tumbuh, HIlang Tak Berganti

files ,

Semalam, berdesing gegendang telinga Aku dan Blazer apabila terdengar perbualan telefon dari seorang lagi sahabat, Bakso. Suasana sunyi parkir Plaza Angsana menajamkan lagi deria dengar kami.


“Bapak… Bakso tak suka la kerja kat sini…”
“Kerja Ok cuma environment dia tak best~~”
“Offer letter..? Resume Aso? Ermm..nantilah pak eh…”


Perbualan hanya kedengaran satu hala sahaja disebabkan Bakso tak bukak loudspeaker.
Keluh hati aku dan Blazer kelu.

Aku akui dan aku sedikit pun tidak membantah tentang kebenaran luah hati Bakso kepada bapaknya (Si Gulai Kawah). Apa yang dikhabarkan mungkin ada juga benarnya.

Cuma hati aku dan Blazer, agak terkilan.. bukan kerana tersinggung dengan rungatan tersebut tapi kami dapat merasakan aura kehilangan seseorang sahabat. Sahabat yang mana sentiasa mahu merelakan diri menjadi bakso yang sangat sedap untuk dihirup pada setiap dinner.

Mungkin Bakso sudah jemu dengan peranan aku sebagai Yong Tau Fu. Dan sudah muak dengan gaya metro Blazer yang senantiasa kelihatan maskulin.

She’s a vital part of us. If we both lose her maybe there’s no more delicious bakso for us. No one can replace her. The one who even try to can’t perform as beautiful as Angsana’s Bakso like she does. Maybe the new one can act like Setulang’s Nasi Goreng Seafood. Both taste great but still not the same.

p/s :

Jiwa kacau… ziarah aku ke Plaza Angsana dengan niat mahu menyewa dinner suit pada jumaat ni tergendala.. I’ll not spend RM400 for one night. Damn~~

Aku Percaya Pada Karma

files

Aku tak peduli.. Aku nak madah jiwang sket~~..

*Kecewa

Ada sahaja peluang untuk aku sebagai pencinta wanita, maka ada jugalah ruang untuk aku garapkan hari mendatang dengan penuh keindahan. Peluang dan ruang. Sebaik mungkin aku cuba gunakan dan hanya bayangan keseronokan sahaja digambarkan di setiap perjalanan sehingga akhir kehidupan. Kelibat balam terbang sejoli buat hati berbunga-bunga lagi. Mekar.

“I akan jaga you sampai bila-bila~~”
“I rindukan you, setiap hari I mengira detik waktu untuk kita bertemu~~”
“I bersama you bukan kerana harta dan wang ringgit~~”

Indah janji itu dari aku. Indah janji itu dari mu. Tapi semuanya terhenti seperti tidak pernah disuratkan apabila dusta tersirat ‘ter’ungkap tepat dari bibir mu.

Hari ini. Hari yang penuh dengan perasaan sugul.

Hati aku dari semalam menjerit perit terpekik-pekik terlolong-lolong. Sakit tak terkata buat lidah kelu dipasung ketat. Bila kecewa datang lagi untuk kali yang keberapa entah dari insan yang sama yang juga punya fiil yang sama. Insan yang pernah menabur janji untuk berubah sifat. Sigh.. Makna cinta dan rindu seakan mahu padam. Seperti bara ke fasa abu. Mungkin ia tidak akan lagi semarak dulu.

p/s : Entri penuh kecewa kerana punya insan tersayang yang hanya berperwatakan malaikat. Hati bolong. Ada siapa mahu tampalkan? Yer aku tahu, sbb aku mmg seorang loser…
gelak lah.. Aku memang dilahir untuk diketawakan.