Campuran kotor dari Daddy Yankee

files ,

Menghambakan diri enam hari seminggu, lapan jam sehari dan bermalam ditempat mencari rezeki selang sehari. Cuti umum? Terpaksa abaikan.


Kawan kawen dan melancong, Kawan tukar kerja, Kawan balik kampung, Kawan hantar adik masuk U, Kawan kena posting Sabah Sarawak, Kawan tidur cam musang, Kawan masih belajar, Kawan keluar dengan gff.


(Kadang-kadang pernah diajak keluar bertiga bersama kawan yang ber ‘gff’ tapi sampai bila? Shame on u Hint. Shame~~)


Untuk balik jumpa parent? Kampung aku sangat jauh dan sila lihat kembali jadual waktu kerja.


* Makna Hidup = Agak Kosong~~


Minda diawangan dan tertangkap satu ayat dalam peti simpanan memori.


Bekas sahabat aku bilang, tatkala manusia terlibat dengan aktiviti blog, mereka ini sebenarnya tiada “LIFE!!!” . >_<


Kalu dulu, malas nak ambil peduli dan pamerkan minda kontra. Makin diheret, makin meleret. Tapi, sejak dua menjak ni, statement longkang ni sentiasa terngiang-ngiang. Bukan maksud pendirian berubah, Cuma maksud hari-hari yang dilalui buat aku termenung dan merasakan diri seperti bangkai hidup. Tiada apa yang perlu aku coretkan.Tiada apa yang perlu diperkatakan.
Mungkin aku boleh bagi noktah kepada statement longkang diatas. Hidup yang ada LIFE adalah trigger kepada blogger.


Lets hook up with me so that my finger can walk again and again…4eva.


p/s :
Untuk bekas sahabat , teruskan berblog. Walaupun ko dah keluarkan statement diatas, aku takkan sekali-kali menghalang ketagihan yang ko alami sekarang. LMAO.

Bila Hati Bersuara : Apa Maksud Kau dengan Fakta-Fakta Ini ?!!

Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!

TAG 1

Bekas kekasih saya adalah : Pertama Aween , Kedua Shera.

Saya sedang mendengar : Kiara – Hanya Padamu ( ada awek sebelah tengah layan)

Mungkin saya patut: Potong rambut, sebab rambut ikal saya makin panjang dan dah mula gulung-gulung.

Saya suka : Makan nasi lemak RM1 yang dibeli oleh gadis anggun dekat Kampung Melayu Gelang Patah.

Sahabat-sahabat baik saya : Saya hidup keseorangan dan kesepian.

Saya tak paham : Kenapa Kuda Laut yang dibela mati?Sialan.

Saya kehilangan : sesuatu selepas keluar tandas.

Ramai yang berkata :Ramai yang cakap rambut saya kerinting, tapi saya tetap pertahankan prinsip rambut ikal mayang.

Makna nama saya : Kesuburan (Maaf, bunyi sedikit gersang!!)

Cinta itu adalah : Ibarat Roda Impian. Kadang-kadang cinta bisa muflis pada bila-bila masa.

Di suatu tempat, seseorang sedang : Menguyah nasi lemak RM1 dengan lahap sambil memerhati ungka yang berkeliaran dikawasan pejabat.

Saya akan cuba : Mengawal waktu PMS. Ia sangat susah untuk dikawal kerana ia membuatkan mulut saya menghaburkan kata-kata kesat. tahi!!

Ayat SELAMANYA membawa maksud : Benda yang paling teguh dietakkan tanpa gangguan emosi yang berani menggugatnya.

Telefon bimbit saya : Warna Ungu. Sony Ericcson W380i yang dibeli melalui kaedah tukar beli dengan model W850i

Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan tekan snooze setiap 5 minit dari jam 5.55 pagi sehingga 6.55 pagi.

Saya paling meluat apabila : Badan berbau hapak dan orang berak kencing yang tidak pernah reti nak basuh mangkuk tandas.

Pesta/Parti adalah : Dihiasi dengan badut-badut yang hanya reti menunggu makanan yang siap dibakar jer.Gelak tawa badut terhenti bila makanan yang dipanggang baru saja dipindah dalam talam. Ko ingat ko ratu?!!

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Anak anjing yang menyerupai panda.

Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Setiap masa silam saya sangat tragis!! jangan diungkit lagi.

Hari ini : Hari Rabu Yang Sarkastik.

Malam ini saya akan : Berbincang dengan rakan serumah tentang hari sesuai untuk menonton filem “makhluk pertukaran bentuk” di panggung wayang gambar Tebrau.

Esok pula saya akan : Seperti biasa akan berulang- alik dalam jarak 50km untuk ke tempat kerja.

Saya betul-betul inginkan : Megan Fox kembali menjadi teman wanita saya.

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Tahi!! Muka aku berminyak!! Cukup sebulan boleh buat goreng keropok lekor.

Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah sebab saya dah lama tak beli baju baru.

Makanan Barat atau Jepun : Barat sebab makanan Jepun tawar tahap cipan. Tapi hari itu saya ada cuba Onagi set, boleh tahan jugak rasanya.

Bilik yang terang atau gelap: Gelap suam-suam kuku.

Makanan segera adalah : makanan yang boleh disediakan dlam tempoh kurang 5 minit. Jika lebih dari itu, saya akan kebuluran.

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : " Insyaalah!! "
Ketika ini seorang pekerja kerajaan bersungguh-sungguh mempromosi Perniagaan Multi Aras 'Penawar2U'. ( Dalam hati sentiasa berkata : Tolong berambus!!! ).

TAG 2


Apakah perasaan anda sekarang? Menyampah, sebab ada orang berniaga kat tempat kerja.

Saya nak makan? Nasi Padang kat Restoran Sri Bayu kat Larkin Perdana.

Saya tak suka? Miskin, Muka Plastik, Busuk , Hapak, Muka Hodoh, Bersepah, bau Tungkik dan Bacen.

Impian saya? Menjadi seorang pendidik. Saya nak ajar anak-anak watan supaya jadi orang berguna. Jangan jadi cam saya. Dulu pernah terpikir nak jadi pensyarah dan rasa nak kasi semua orang A. Sebab saya tau belajar susah.

Haiwan yang saya tak suka? Ular sebab ada keturunan darah gemuruh dengan ni.

Saya harapkan? Dunia ni aman dari pemakan rasuah!!! UMNO, Sila berambus!!

Jika boleh putarkan masa? Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan cuba mengawal ekonomi dunia.

Saya pada 10 tahun akan datang? Menjadi penglipur lara jalanan yang mahukan keamanan sejagat. Saya akan terus berjuang untuk anak bangsa supaya jangan jadi pelacur.
Telefon bimbit saya adalah sebuah? Hanya untuk bermesej, menelefon dan sebagai penggera bunyi.

Saya pernah bercinta sebanyak? 2 kali secara serius. Yang lain hanya cinta pandang pertama yang berlalu begitu sahaja.

Kawan-kawan saya? Banyak dan bersepah tapi tiada yang terbaik sebab saya pon buka kawan baik

Pernah dikhianati? Pernah, dengan awek pertama dan kedua. Dengan kawan baik pon pernah jugak, itu sebab sekarang takde kawan baik.

Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Saya akan menjauhkan diri dari orang tersebut atau berpura-pura menganggap orang itu tak pernah wujud dalam dunia nyata.

Siapa yang anda nak Tag?
Nysaa, Fareen, Helmi, Zizoul, Qilah sila jawab yer

DALAM BAHASA MELAYU KITA YER

Ini Bukan Diri Aku Yang Sebenar..

files

Bila aku mula saja berbicara pasal nk jadi player, kawan aku merangkap mentor tergelak sinis.

“AKU RASA LAWAK KALAU KO JADI CAMTU.. SBB KO NI JUJUR SANGAT..haaaaa~~

Kriteria yang paling utama untuk menjadi player terhebat ialah dengan “MEMBERI HARAPAN” dalam kata jahat.. “Menipu”, dan dia cakap aku takde kriteria tu. Satu perkara lagi yang buatkan dia kurang berkeyakinan mungkin aku punya sifat SIMPATI yang keterlaluan. Sifat yang akan memakan diri bagi seorang penipu. Jadi perlu bersifat No Mercy!!! Dan untuk kriteria yang terakhir , mesti ada PELABURAN yakni duit.

Ok. Aku terima kritikan korg.

Dan hari ini…

“ Wei, Ko nampak tak baju PDI baru yang aku pakai ni.. Dia siap mintak status hubungan duhh..heee~~”

“WoW Dude, is that fast!!! Aku admit,ko memang ada potensi.”





Antara tiga kriteria ni. Aku hanya terguna satu jer, iaitu sedikit PELABURAN. Dan mungkin kriteria yang kedua jadi pilihan aku seterusnya, kerana aku takkan sekali-kali SIMPATI dengan orang yang aku tak pernah BERI HARAPAN.


p/s: Dont blame me, blame the games?..



Amacam..komen?

Aku Lepaskan Kau..Semoga Bahagia Hendaknya

files





3 hari proses perkahwinan. ketiga2nya aku hadir. Dari akad nikah, berzanji, malam berinai, malam karaoke, meniduri pengantin, khatam Al-Quran sehinggalah hari persandingan kedua-dua mempelai di sebelah pihak lelaki. Hati aku mula bersilat gelisah. Aku maseh tidak dapat bayangkan jika aku berada di pelamin. Aku maseh tidak dapat bayangkan jika aku sedang menyalami imam untuk akad nikah. Aku maseh tidak dapat bayangkan kehadiran ibu dan ayah baru. Melafazkan panggilan ayah atau ibu kepada insan yang bukan dari benih dan kepada insan yang bukan melahirkan aku. Ganjal amat. Amat Ganjil. Suatu perkara yang menjadi siulan paksi otak apabila berbicara tentang calon. Siapa dan di mana harus aku mulakan?

Adakah tepat mitos cakap-cakap orang tentang majlis kahwin ada kaitan dengan medan mencari jodoh?.. Adakah ini titik permulaan baru untuk aku? Dan aku akui, perempuan yang datang memang tangkap leleh...Slurppp..Slurppp...Slurpppp..Ahhh..

Cuma masalahnya, aku maseh belum khatam lagi buku "How to succeed with women".



Gayah, ko tanya apa ni?

files ,

Dalam senyap hening yang separa suam kuku. Tiba-tiba seorang wanita yang sedang asyik berYM bertanya “ akak, macamana seseorang lelaki boleh membuat keputusan untuk bertunang dengan seseorang wanita?”

Bagi akak, perlu ada keserasian antara pasangan dan yang kedua restu dari keluarga. Mak akak pernah hysteria sbb taknak akak kawen dengan exBF yang akak dah kenal 10 tahun. Lepas akak putus, tak sampai seminggu datang lelaki lain masuk. Dan sekarang ni dia dah jadi suami akak. Apa g korg rasa bila situasi ni jadi.


*aku menyampuk.

“laki tu memang dah lama admired akak, bila ada jer peluang, terus rembat.”

“hakikat, akak tak kesah pon sebenarnya siapa suami akak. Yang penting serasi dan akak perlu buat keputusan yang betul untuk menerima kehadirannya sbb laki yg kita pilih tulah yang akan ubah corak hidup kita”

Tiba-tiba soalan sama beralih kat aku….ko plak hint?

*Diam

Sori, aku tak tau.. yang aku tau..aku akan masih baca buku cara nak mengorat..