Karut Dang Anum

files , , ,


Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang. Mungkin sudah sebati cerita ini dengan otak suci kamu. Terpaculnya cerita ini pabila seorang kakak di ofisku mengidam nangka pemberian Dato’ Karim, CEO The Company...

Pintu dikuak..

“ Dang Anum datang…!!” dengan girang nada Kak Siti sambil menepuk perut comelnya yang sarat mengandung. Dimakan seulas dua nangka yang aku belah. Diulangnya kelakuan seperti itu setiap kali memasuki pantry. Kehadiran memberi sedikit impak kepada topik perbualan aku dan Kak Timah.




Wajah sebenar Pengetua SMK Dang Anum


“Dang Anum?..kenapa Dang Anum…” satu persoalan muncul dihalakan kepada Kak Timah.

“ Takkan tak tau..dah banyak kali main cerita klasik ni ?”

“Tak tau la Kak Timah.. saya klu menonton..TV yang tengok saya..Citer P. Ramlee x pernah habis saya tengok..”

Perihal Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

Lalu Si Pencacai Sultan Mahmud dengan membibit sebiji nangka di hadapan anjung rumah Si Dang Anum. Menitis air rembesan cair dari dalam mulut Si Dang Anum terlihat akan nangka yang di bawa oleh Si Pencacai Sultan Mahmud . Hatta diminta Si Dang Anum seulas nangka yang dibawa Si Pencacai Sultan Mahmud. Dengan sekelumut sifat rahim yang ada dalam diri Si Pencacai Sultan Mahmud, di kabulkan permintaan Si Dang Anum. Terlepas segala derita ketagihan yang di tanggung si Dang Anum dengan hanya seulas nangka daripada Si Pencacai Sultan Mahmud. Usai menunaikan hajat Si Dang Anum, Si Pencacai pulang persembahkan kepada Sultan Mahmud, nangka. Murka dengan kehilangan seulas nangka, di heretnya Si Dang Anum selapas siasatan dijalankan. Seksa yang amat ditanggung Si Dang Anum apabila bahagian tubuh depan dibawah dada comelnya di belah kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud. Seulas nangka jadi pertaruhan nyawa.

Laksamana Bentan, kembali dari medan peperangan dengan hati yang berbunga-bunga untuk menemui kekasih hatinya. Cacau Laksamana, terkejut akan kejadian yang menimpa. Hati remuk..kelam..kusam.. seulas nangka ditukar ganti dengan sekujur tubuh kaku isteri terchenta. Hati remuk..kelam..kusam.. Keris yang masih lagi panas disirami darah musuh Negara bakal meratah darah pemerintah Negara. Usai keris di loban. Berpencak Si Laksamana. Keris dihunus.. Terketar-ketar tangan Sultan Mahmud mencabut tusukan keris. Darah membuak-buak keluar. Dilontar keris kearah Laksamana Bentan. Seraya berkata Sultan Mahmud sebelum mendapat gelaran mangkat. “ Beta Sumpah Tujuh Keturunanmu di Bumi Kota Tinggi” . Cubaan mengelak keris yang melayang, namun ia setia menyinggah di ibu jari kaki Si Laksamana. Meraung Si Laksamana. Menggelupur. Jejak keruh Sultan Mahmud dituruti.

“oh..camtu eh..”..kagum.

“ Pak sedara Kak Timah keturunan Laksamana Bentan yang terakhir”…kata Kak Timah dengan mukanya yang sentiasa selamba.

“Sumpahan tu memang wujud…Dulu Pak Sedara Kak Timah pergi Kota Tinggi.. Lepas jer Jambatan Kota Tinggi.. Dia tiba-tiba sakit. Bila sampai rumah sedara kat sana. Terus muntah-muntah darah. Makin lama, makin teruk. “..panjang lebar Kak Timah explain.

“Betul ke Kak Timah?”..tanya aku dengan penuh persoalan sambil menyuap nasi lemak dari bungkusan kedua.

“ Betul..Kak Timah tengok sendiri. Pastu ada orang pesan suruh keluar cepat-cepat dari Kota Tinggi. Lepas jer keluar. Pak Sedara Kak Timah tiba-tiba Ok balik. Sihat.”...

Dengan muka tak bersalah aku berkata. “Susah sket la saya nak pecaya Kak Timah benda-benda macam ni…”

Aku kurang yakin dengan kepercayaan karut perihal Daulat dan Tulah ni. Sedangkan Nabi sendiri pon tak punya kuasa sehebat itu. Kuasanya boleh wujud walaupun jasad tiada. Kuasa yang di agungkan sehingga menyamai dengan mukjizat. Pengipur lara yang lebih-lebih. Mungkin untuk tunjukkan betapa berkuasanya seseorang Sultan sehingga wajib dipatuhi walau apa jua keadaan. Klu x ikut dapat ‘penyakit’ la jawabnya. Baik ker..buruk ker..we’all kena cium jugak bontot Tuanku. Karut!!!!. Ampun Tuanku!! Aku bukan menafikan kuasa Perlembagaan Beraja. Sultan perlu. Tapi keperluannya cukup sekadar untuk membela rakyat. Bukan untuk menhancurkan. Ketua Agama bukan kaki judi. Kaki perempuan. Kaki mabuk. Kaki pukul. Mainkanlah perananmu dengan bijaksana. Daulat Tuanku. Tahi lalat besar tuku.




Gambar makam yang dipetik dari laman sesarang kerajaan Johor.







10 Note:
gravatar
Fareenz berkata...
Isnin, Januari 19, 2009 10:45:00 PG  

err...nape nama die...

nazahah?????

hahahaha....

gravatar
ZaliHazali berkata...
Isnin, Januari 19, 2009 11:07:00 PG  

oohh aku pernah makan nangka tahap super (manis, ulas yang besar, dan sangat berat) masa kat MAHA 2008, ingat nak bawa balik johor, sekali tertinggal dalam peti ais kat hotel...adoiii

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Isnin, Januari 19, 2009 11:25:00 PG  

[fareen]
lain org citer..lain yg dia concern...hahahahaaa... =]

suka latu bila dapat sebut nama camtu...=p

[zali]
waaaahhhh..besar..sedap..manis..suka3..
aku mmg peminat setia nangka dan cempedak...tu jer la yg bleh aku makan..nk harapkan buah lain cam durian?..hampeh..

gravatar
Yazid Husain berkata...
Isnin, Januari 19, 2009 3:52:00 PTG  

wah aq keturunan adam.

gravatar
Yazid Husain berkata...
Isnin, Januari 19, 2009 3:55:00 PTG  

wah aq keturunan adam.

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Selasa, Januari 20, 2009 7:45:00 PG  

aku keturunan nabi...jugak...sbb tu ak nampak alim...uwekkk...muntah hijau..T_T


nabi adam...

gravatar
Azri Ace berkata...
Selasa, Januari 20, 2009 10:34:00 PG  

oh my god... story ko sgt confusing... aku pn blur2 gitu je bace...huhu...

nk kn bace ulang2 br leh phm ape sbnrny.

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Selasa, Januari 20, 2009 11:03:00 PG  

ni bukan cerita melayu..dia byk cut tau...jadi bila part cut and jump pada scene/plot yg lain..boleh buat anda berfikir...

gravatar
Unknown berkata...
Ahad, September 11, 2016 2:59:00 PG  

Karut je semua ni..rata2 yg mengaku keturunan bentan ni,die akn cerita nenek moyang mereka muntah darah..bkn tgk dpn mata pn..lagi satu,sultan mahmud syah (sultan lah konon,sbb sultan dlm bahasa arab sbg wakil Allah) adalah seorg yg zalim & gay..mana mungkin ade tulah..sbb nabi saw pn xde tulah,tp ada mukjizat..sumpah 7 keturunan termakbul dah mcm lebih dri mukjizat nabi..sedarlah saudaraku,diwaktu melayu bertelagah,kerajaan islam lain spt kerajaan uthmaniah sudah maju ke hadapan..hnya melayu trus ketinggalan dihanyut cerita2 pelik..smpai skrg pn melayu terus pelik dgn hadirnya bomoh 1 malaysia,si kipidap tu lagi..mgkn juga riwayat ni di reka oleh penjajah spy org melayu mcm kite ni xkn mnderhaka kpd sultan..

gravatar
Unknown berkata...
Ahad, September 11, 2016 3:00:00 PG  

Karut je semua ni..rata2 yg mengaku keturunan bentan ni,die akn cerita nenek moyang mereka muntah darah..bkn tgk dpn mata pn..lagi satu,sultan mahmud syah (sultan lah konon,sbb sultan dlm bahasa arab sbg wakil Allah) adalah seorg yg zalim & gay..mana mungkin ade tulah..sbb nabi saw pn xde tulah,tp ada mukjizat..sumpah 7 keturunan termakbul dah mcm lebih dri mukjizat nabi..sedarlah saudaraku,diwaktu melayu bertelagah,kerajaan islam lain spt kerajaan uthmaniah sudah maju ke hadapan..hnya melayu trus ketinggalan dihanyut cerita2 pelik..smpai skrg pn melayu terus pelik dgn hadirnya bomoh 1 malaysia,si kipidap tu lagi..mgkn juga riwayat ni di reka oleh penjajah spy org melayu mcm kite ni xkn mnderhaka kpd sultan..

Catat Ulasan