Selamat Tahun Baru Cina

files , ,

Raya Cina yang sangat heaven!!. Jadi Aku mula cuti Jumaat sampai Selasa ni. 5 Hari !!!! Musim manusia mati katak akan bermula. Mungkin 'katak' sudah tidak releven.Sebab banyak 'Babi' lagi kot mati kat highway. Kita bawak cermat cemana pun, bila ada malaun haprak bawak laju macam sial dan lembab macam siput..sama jer. Mungkin Kerajaan Malaysia boleh buat rujukan mesej jalanan dari Negara India.

(Kakak aku yang 4ward email ini.)



Dalam Kenangan. Watak penting revolusi jalan di Malasyia. Zaman kebangkitan tinggal dalam kenangan. Buat hero tamil ini tersungkur dan menyiput dikampung halamannya (Sg. Siput) . Mungkin jatuh bangunnya ada kaitan dengan mesej jalanan di atas. Projek tidak berlandaskan Kerajaan India, bikin hindraf naik marah.

Lupakan Si India Murtad ini. Cuti lagi penting.

Selamat Tahun Baru India. Salam Muhibah. Salam Perpaduan.

Hari Aku dan Obama.

files , , , ,

Hari masih pagi. Aku tiba di pejabat seawal pukul 7.28 pagi ( waktu jam punch card ). Aku dapat rasa hari ini aku agak SEWEL sedikit. Sakat menyakat. Bergurau senda. Bergelak ketawa dengan rakan sekerja. Dan tidak lupa, sedikit selingan aksi mengupat. Nauzubillah. Suatu perkara yang agak jarang dan “ganjal” (pinjam ayat anak tukang jahit) jika wujud suasana seceria ini didalam pejabat. Mungkin orang-orang besar tidak berkeliaran di pejabat. Kerja luar agaknya.

Sedar tidak sedar. Jam punch card menyanyikan lagu waktu rehat tengahari kedengaran. Cuaca diluar pejabat sangat panas rupanya. Buat kepala aku gatal-gatal secara tiba-tiba. *Garu-garu. Keruk…keruk..kerukkk. Kepala bertambah SEWEL. Aku berempat menuju ke Kafe Meranti. Kenyang, bila dapat menjamah sepinggan nasi sahaja. Dan bimbang jika ada terlihat kelibat lelaki Arab yang sedikit gay berkeliaran. Sekali lagi kepala aku bertambah sewel.

Dalam berjalan pulang kembali ke pejabat. Tiba-tiba entah dari mana terkeluar topik Canselor UKM yang baru sahaja mangkat. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Hana : Aku suka canselor tu.

Peri : Sebab?

Hana : Dia comel. Jalan lambat-lambat naik tangga. Kesian pakcik tu.

*Kami bertiga seakan sependapat tentang Si Hana punya taste sememangnya lelaki tua.
Tiba-tiba wujud satu persoalan dari otak SEWEL aku.

Peri : Canselor UKM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ?

Hana : Yelah, kenapa?

Peri : UKM kat Negeri Sembilan ker? Aku rasa kat Bangi, Selangor kot.

Yazid : Bangi tu kat Negeri Sembilan la.* dengan muka serius.

Peri : Owh, selama ni aku ingat Bangi kat Selangor. Lamanya aku bodoh.

Rentetan itu SEWEL aku menjadi-jadi. Topik baru di goreng, untuk alihkan topik tadi.

Peri : Kawan aku kat UUM cakap, hostel dia kat sempadan Selangor.

*Haza, Yazid, Hana senyum dan gelak.

Yazid dan Hana : Bukan ker UUM jauh dengan Selangor?

Haza : Yeap..Dekat dengan sempadan Thailand - Bukit Kayu Hitam.

Yazid : Dah berapa lama ko diperbodohkan lagi oleh kawan ko?hehe..

Peri : 2 tahun kot, Masa jumpa dekat Pesta Rakit Pekan fest. T_T. Tapi bukan ker UUM main course banyak pendidikan?

Haza, Yazid, Hana: Itu UPSI la!!!!

* Mereka senyum dan gelak lagi silih berganti.Aku malu tersiput-siput.


Aku rasa hari ni hari yang paling SEWEL dalam sejarah hidup aku. Mentang-mentang la orang kampong macam aku tak pernah pegi Bangi. Padahal mak sedara aku ada jer duk kt Bangi. Korang bodoh-bodohkan aku yer. Dan aku pon bodoh jugak, UPSI dengan UUM pon boleh tertukar.

Bermula 20 Januari 2010. Cuti umum akan diisytiharkan sebagai Hari Sewel Sedunia. Mungkin hari penting dunia sebegini perlu di ingat. Hari untuk orang SEWEL dan hari Perlantikan Obama. Bolah jadi berguna bagi kamu untuk menjawab soalan sambil menggaru ketiak ketika menonton rancangan Joe Jambo dan Kanak-Kanak Kilat di Kaca TV.


Semoga Hari dan Tarikh ini akan memberi sedikit berita gembira dan nafas baru kepada Warga Palestin.

Karut Dang Anum

files , , ,


Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang. Mungkin sudah sebati cerita ini dengan otak suci kamu. Terpaculnya cerita ini pabila seorang kakak di ofisku mengidam nangka pemberian Dato’ Karim, CEO The Company...

Pintu dikuak..

“ Dang Anum datang…!!” dengan girang nada Kak Siti sambil menepuk perut comelnya yang sarat mengandung. Dimakan seulas dua nangka yang aku belah. Diulangnya kelakuan seperti itu setiap kali memasuki pantry. Kehadiran memberi sedikit impak kepada topik perbualan aku dan Kak Timah.




Wajah sebenar Pengetua SMK Dang Anum


“Dang Anum?..kenapa Dang Anum…” satu persoalan muncul dihalakan kepada Kak Timah.

“ Takkan tak tau..dah banyak kali main cerita klasik ni ?”

“Tak tau la Kak Timah.. saya klu menonton..TV yang tengok saya..Citer P. Ramlee x pernah habis saya tengok..”

Perihal Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

Lalu Si Pencacai Sultan Mahmud dengan membibit sebiji nangka di hadapan anjung rumah Si Dang Anum. Menitis air rembesan cair dari dalam mulut Si Dang Anum terlihat akan nangka yang di bawa oleh Si Pencacai Sultan Mahmud . Hatta diminta Si Dang Anum seulas nangka yang dibawa Si Pencacai Sultan Mahmud. Dengan sekelumut sifat rahim yang ada dalam diri Si Pencacai Sultan Mahmud, di kabulkan permintaan Si Dang Anum. Terlepas segala derita ketagihan yang di tanggung si Dang Anum dengan hanya seulas nangka daripada Si Pencacai Sultan Mahmud. Usai menunaikan hajat Si Dang Anum, Si Pencacai pulang persembahkan kepada Sultan Mahmud, nangka. Murka dengan kehilangan seulas nangka, di heretnya Si Dang Anum selapas siasatan dijalankan. Seksa yang amat ditanggung Si Dang Anum apabila bahagian tubuh depan dibawah dada comelnya di belah kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud. Seulas nangka jadi pertaruhan nyawa.

Laksamana Bentan, kembali dari medan peperangan dengan hati yang berbunga-bunga untuk menemui kekasih hatinya. Cacau Laksamana, terkejut akan kejadian yang menimpa. Hati remuk..kelam..kusam.. seulas nangka ditukar ganti dengan sekujur tubuh kaku isteri terchenta. Hati remuk..kelam..kusam.. Keris yang masih lagi panas disirami darah musuh Negara bakal meratah darah pemerintah Negara. Usai keris di loban. Berpencak Si Laksamana. Keris dihunus.. Terketar-ketar tangan Sultan Mahmud mencabut tusukan keris. Darah membuak-buak keluar. Dilontar keris kearah Laksamana Bentan. Seraya berkata Sultan Mahmud sebelum mendapat gelaran mangkat. “ Beta Sumpah Tujuh Keturunanmu di Bumi Kota Tinggi” . Cubaan mengelak keris yang melayang, namun ia setia menyinggah di ibu jari kaki Si Laksamana. Meraung Si Laksamana. Menggelupur. Jejak keruh Sultan Mahmud dituruti.

“oh..camtu eh..”..kagum.

“ Pak sedara Kak Timah keturunan Laksamana Bentan yang terakhir”…kata Kak Timah dengan mukanya yang sentiasa selamba.

“Sumpahan tu memang wujud…Dulu Pak Sedara Kak Timah pergi Kota Tinggi.. Lepas jer Jambatan Kota Tinggi.. Dia tiba-tiba sakit. Bila sampai rumah sedara kat sana. Terus muntah-muntah darah. Makin lama, makin teruk. “..panjang lebar Kak Timah explain.

“Betul ke Kak Timah?”..tanya aku dengan penuh persoalan sambil menyuap nasi lemak dari bungkusan kedua.

“ Betul..Kak Timah tengok sendiri. Pastu ada orang pesan suruh keluar cepat-cepat dari Kota Tinggi. Lepas jer keluar. Pak Sedara Kak Timah tiba-tiba Ok balik. Sihat.”...

Dengan muka tak bersalah aku berkata. “Susah sket la saya nak pecaya Kak Timah benda-benda macam ni…”

Aku kurang yakin dengan kepercayaan karut perihal Daulat dan Tulah ni. Sedangkan Nabi sendiri pon tak punya kuasa sehebat itu. Kuasanya boleh wujud walaupun jasad tiada. Kuasa yang di agungkan sehingga menyamai dengan mukjizat. Pengipur lara yang lebih-lebih. Mungkin untuk tunjukkan betapa berkuasanya seseorang Sultan sehingga wajib dipatuhi walau apa jua keadaan. Klu x ikut dapat ‘penyakit’ la jawabnya. Baik ker..buruk ker..we’all kena cium jugak bontot Tuanku. Karut!!!!. Ampun Tuanku!! Aku bukan menafikan kuasa Perlembagaan Beraja. Sultan perlu. Tapi keperluannya cukup sekadar untuk membela rakyat. Bukan untuk menhancurkan. Ketua Agama bukan kaki judi. Kaki perempuan. Kaki mabuk. Kaki pukul. Mainkanlah perananmu dengan bijaksana. Daulat Tuanku. Tahi lalat besar tuku.




Gambar makam yang dipetik dari laman sesarang kerajaan Johor.