Tagged

files


1) go to your picture holder in your computer.
2) go to 6th folder of photos
3) go to 6th picture of that folder* put the picture on your blog n description of it..
* invite six friends to join the challenge..



Haih..x abes lagi rupanya tagging ni.. =)
aku mintak maaf awal-awal. Sebab aku terpaksa edit sket gambar ni. Aku dah janji x nak publish secara komersil gambar peribadi aku (ayat poyo). memang kebetulan, gambar aku sorg2..haih..

Gambar ni aku amik kat umah parent angkat aku kat Kertih. Masa ni ada fieldwork subjek muara bakau, lecturer aku guna kuasa dia wat program anak angkat kerjasama dengan Malaysia Nature Society (MNS). Jadi, duit projek datang ari MNS, tapi tu sumer xde kaitan secara langsung dengan gambar diatas. Kenapa gambar diatas oleh wujud sebab rumah mak angkat aku xdak cermin. Dengan kebijaksanaan yang tuhan bagi. Aku guna Camera sbb nak tgk rambut aku ok ker tak..kena jaga beb sebab kat kampung tuh byk gak gadis (wlpn xcun sgt) . Level kacak kena la dalam piawai. Mana la tau kuasa mulut orang..tup2..aku bleh kawen ngan anak raja.

aku nak pass tag ni kat sorg jer.... Anak Tukang Jahit..Go bebeh..

Cam Haram Main Depan, Kita ikut Jalan Belakang

files , ,



Dulu, aku punya kesulitan untuk download lagu-lagu yang aku suka. Jenuh selongkar sana sini, tapi masih enggak bisa download. Kekadang aku hairan, gimana bisa terjadi pabila mendapati teman-teman dengan mudah amat download lagu fav dorg. Padahal, lagu baru jer kuar radio. Siot~~

Mungkin sebab susah nak cari lagu yang aku kepingin atau/dan mungkin juga sebab terlalu susah sangat download main cara depan, kawan aku dah tlg ajar download ikut laluan bontot (Backdoor). Mungkin aku agak ketinggalan dalam bidang kebajetan ni, tapi
at least skrg ni aku da tau.

Idok la Peghaq sangat
compare dgn org yang tak tau..kah kah kah..
*( aku tgh kutuk org neh)

Ni alternatif utk korg yg "masih tak tau" belajar sesuatu yang baru. Aku nak kongsi dua tiga cara
download lagu ikut bontot. Perlu ingat!!!! Safety First!!!

Cara yang Pertama.

1. Korg pergi kat search engine, Google

2. Dan Sekarang masukkan query berikut kat Search box.

"parent directory " MP3 -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums [artist] [title]

Contoh:

"parent directory " MP3 -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums “Katy_Perry” “hot n cold”



3. Klik jer salah satu daripada link yang kamu rasa seswai dan berkenan. Dan hasilnya seperti gambar dibawah.

4. “Right Clik” dan “save link as” pada mana link tersebut. Tunggu download abis dan bleh dengar terus.. lalalala~~~oh yeah..oh yeah...oh yeah....
( Imginasi : reaksi muka sangap)


Cara yang Kedua

1. Korg try Google skali lagi

2. Sama seperti cara yang pertama,bezanya cuma query yang perlu dimasukkan kat Search box.

?intitle:index.of? mp3 [artist] [title]

Contoh

?intitle:index.of? mp3 Katy_Perry

?intitle:index.of? mp3 “hot n cold”

?intitle:index.of? mp3 “Katy_Perry” “hot n cold”


Cara yang Ketiga

1. Menggunakan

2. Masukkan query seperti berikut dalam kotak Google

?inurl:multiply.com/music? [artist] [title]

Contoh :

? inurl:multiply.com/music? “Katy_Perry” “hot n cold”

3. Procedure seterusnya sama juga seperti tadi ( cara 1 dan 2), Cuma korg memerlukan account Multiply dgn kata lain. Register la dulu baru leh download!!…fuhh~~

p/s:

Ingat x aku dah pesan awal2 kat perenggan atas... Safety First, sebab cara ni dikhuatiri berisiko untuk menjadi penternak virus. Lagi satu korg kena guna kaedah cuba jaya. Klu tak dapat try link2 lain. Klu tak dapat jugak? sama ada mental korg bermasalah atau lagu tu bukan rezeki korg.

Kapasiti Otak Terlarang

files , , , ,


Ada orang mempertikaikan kesahihan apa yang aku tulis dalam blog ini. Itu pendapat masing-masing. Kamu punya cara sendiri untuk berfikir..dan kamu punya otak untuk menilai kebenaran. Tidak pernah wujud suatu paksaan kepada kamu untuk percaya apa yang aku luahkan. Biar aku dan orang yang mengenali sahaja tahu disebalik kebenaran apa yang tercatat di sini.

Kamu kawan atau lawan.. ?

Tuhan saja yang tahu…

Bila diungkapkan kata-kata nista kepada aku.. Kamu harus percaya diri yang kamu ini sebenarnya seorang pendusta. Penokok tambah. Penglipur lara. Jika ada cerita berkisar tentang kecekalan seseorang mengharungi hidup. Sebaliknya akan berlaku jika si penceritanya adalah kamu!!

Yang cuba menjadi pencapub murahan. Mungkin bukan di dalam blog kamu tapi orang disekeliling. Ini suatu kemungkinan sahaja.

Tak pernah pon aku meminta kamu untuk mempopularkan nama aku. Sekali pon tak pernah. Terima kasih kerana menjadi penjaja murahan yang tak bertualiah.

Aku tidak tahu samada kamu lupa atau buat2 lupa yang kamu pernah bergelar orang bawahan. Aku sangat yakin, kamu pernah berada di posisi ini. Sangat yakin. Sangat Yakin. Sangat Yakin.

Wajar atau tidak, kamu lupa tentang perit orang bawahan bila mana kamu sudah berada di suatu puncak. Memandang dari atas dengan kerlingan. Bukan tinggi sangat pon puncaknya. Hairan. Sebab ia mampu buat kamu lupa diri.

Hina. Aku atau engkau?

P/s : Sila lucutkan jawatan manusia yang kamu pegang sekarang ini. Mungkin entri ini boleh juga disandarkan kepada entri Pem'goblog'er "Maksum" . Maaf, aku sudah merosakkan bahasa jawa.

KUALA TERENGGANU, 15 FEB. - Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Selain Epilepsi Babi, Penularan Epilepsi Gob'blogger adalah suatu fenomena baru yang memberi kesan secara langsung terhadap penipisan dan pengecutan otak, termasuklah 'compartment' Medulla Oblogata. Kewarasan dalam membuat pertimbangan boleh dipertikaikan. Jangkitan ini telah menjadi kegilaan yang semakin menggila umumnya di kalangan rakyat Malaysia.


Itu Cara Masing- Masing

files

Hampir setiap hari aku ikat perut.. kadang2 makan sekali sehari. kadang2 dua kali sehari. Aku dah hampir tak kenal apa itu sarapan mahupun lunch hour. Rasa sedih bila jadi terlampau miskin. Bila waktu lunch masuk ada saje alasan yang aku bagi untuk mengelak dari rakan sekerja yang baik hati. Aku kesorangan dan kesepian. Dari situ aku mula main pusing2 dlm makmal untuk melihat ikan dan artemia . Bosan di makmal, aku ronda2 dan melihat meja2 staff yang kosong di bahagian admin. Mungkin mereka semua sedang menikmati hidangan yang sangat enak.

Itu cara aku sbg staff baru. Dan hari ini aku jumpa sesuatu yang baru. Amalan staff lama yang mungkin senasib denganku. Dari pandangan hadapan. Ia bukanlah meja kosong semata-mata kerana ada kaki comel melunjur keluar dari bawah meja.






Senario Politik Tahi

files ,

Senario politik tahi macam ni memang biasa dicanang oleh puak Melayu orthodox yang radikal. Memang bukan suatu yang menghairankan bila wujud situasi sebegini. Dalang dari lanun yang mengamalkan undang-undang rimba. yelah, ketua lanun bakal naik takhta yang suka merompak harta rakyat, menternak perasuah. Inilah puak Melayu orthodox yang suka membunuh sesuka hati terutamanya wanita dari Mongolia. Ketua Melayu orthodox yang kononnya memperjuangkan hak melayu telah maju setapak kehadapan kerana tidak lagi menggunakan keris untuk berperang (seperti logo keris silang melayu orthodox) tetapi menggunakan C4. Amat hairan bukan?kenapa selepas "Altantuya" mengambil badan perhubungan melayu orthodox Perak, Perak menjadi hura-hara. Orang Perak tak punya pemimpin ker sampai perlu 'Altantuya' kelahiran Pahang mengambil alih jawatan tertinggi parti ? SAban hari berita Media Meloya menabur fitnah yang sangat plastik di mata rakyat. Bukan semua rakyat bergantung hidup dengan media 'Altantuya'. klu ada pun mesti geng2 nepal dan bangla yang xreti nak guna internet. Bawadi ke Altantuya PM kita sekarang ni?...memang PM boneka. Ini Politik tahi celaru yang aku ringkaskan. Politik tahi Altantuya.





Sultan Azlan pernah menulis buku Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance, baginda menulis:
"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal."
Baginda juga menambah: "... no sultan or agung had withheld consent to dissolve legislative body, except in Kelantan in 1977."
Dengan keputusan baginda kini, nampaknya Paduka Seri menulis hanya retorik, ...tanpa convictions.
Nampaknya Sultan juga kini telah berjaya di'jinak'kan oleh kelompok perasuah dalam Melayu Orthodox...
Sekadar suara hati bekas hamba rakyat Tuanku semasa baginda menjadi DYMM Agung (aku bukan orang Perak, tapi rakyat Malaysia yang baginda pernah jadi Agung)... Patik menyembah derhaka atas keputusan Tuanku ini.

Perilaku Binatang Orang Atasan

files , ,


Aku geram…aku hangin..gaji aku dah 2 bulan tertunggak…poket aku makin hari makin nipis. Kenapa bodoh sangat syarikat tempat aku kerja ni? reti nak menyusahkan hidup orang jer..bukannya nak jaga kebajikan staff.. Selagi dorg leh pijak..selagi tu la dorg pijak orang bawahan. Aku bukan anak orang kaya yang tengah buat kebajikan..aku pon nak sara hidup jugak.. bukan laki bini korg jer nak hidup..macam mana nak ikhlas bekerja klu dapat majikan yang haprak dan toya camni.

Gaji aku memang totally bergantung kepada duit projek. Tapi klu duit projek yang jumlahnya telah ditetapkan ( RM100 ribu setiap 6 bulan/fasa )korang guna untuk repair pintu lab..korang pegi buat signboard..korg pegi buat projek yang tak mendatangkan hasil…tanaman herba?tersadai…ternakan udang/ikan?..mati…

Yang merana bukan org atasan..tapi orang bawahan macam aku dan rakan staff lain. Setiap kali ktorg pertikaikan peraturan yang ditetapkan..Korg akan cakap..”kita ni syarikat bawah kerajaan…semua akta/peraturan ikut acuan kerajaan..”…
Tapi hal yang menguntungkan Syarikat dan merugikan pekerja korang akan cakap…. “kita ni semi government jer…peraturan macm swasta”..

Korg ingat aku dan staff lain ni bodoh sangat ?.!!!!...
klu bonus org,korg potong suka-suka hati…tapi klu bonus geng sendiri memang meletup…alasannya: ”geng kami staff lama.”

Klu claim perjalanan staff bawahan, leh potong suka-suka hati…tapi claim korg mileage nya beza cam berpuluh batu.

Claim OT pun korg nak potong!!!padahal RM4.50 jer sejam..kedekut nak mampus..bukan orang suka suki hati nak wat OT. dan bukan boleh kaya pon dengan OT camtu.

Claim lodging..klu staff kena pergi kursus dekat dengan kampong sendiri..claim x dilayan..sebab korg assume tempat penginapan adalah percuma. Masalahnya, staff yang pergi bukan pergi bercuti..tapi atas dasar kerja…!!!!

Klu bab cuti pun sama…cuti isteri bersalin seminggu untuk si suami korg mansuhkan..mana Akta kerajaan yang korg perjuangkan?...kenapa nak menindas orang2 bawahan seperti kami…?

Korg buat aku hangin dengan pengurusan bodoh korg..jangan sampai Syarikat kamu malu jika hal ini sampai ke peringkat lebih tinggi.