Ini Kichi Punya Hal

files

Makin juah masa direntas. Makin perit perjalanan ditempuh. Sukar memang la sukar, tapi aku harus berdiri sendiri guna kaki yang tuhan bagi. Sampai bila mahu bertatih dipimpin tuntun oleh Sang Mulia Bonda dan Ayahanda? Dah tua bangka pon mahu nak bergantung harap pada mereka? Usia sial untuk wujudkan suasana sebegitu.

Lain lar kalau berat aku masih dibawah 26kg. Sekarang 76kg ,boleh patah rusuk mak aku klu nak dukung bayi seberat aku. Puting botol pulak, seminggu sekali kena tukar, sekali nyonyot, sekali rabak.

*Srrrrottttttttttt….Srrrrooooottttttttt…….Srrrooootttttt…..

Ya Tuhan permudahkan rejeki untuk hamba mu ini… Sebab sekarang ni, darah aku makin manis. Makin manis makin beban. Makin beban, berlonggok dugaan mendatang. Aku tak nak la mak ayah aku terbeban dengan keadaan aku sekarang ni. Mau tidaknya bimbang, kerja pon masih terumbang ambing ada hati nak bela anak orang. Dan berpusu-pusu jugak lar peribahasa, kiasan, tatabahasa, kata pujangga dari teman penglipur lara yang mesra dan yang tak berapa nak mesra…

“Dugaan orang berdarah manis sangat-sangat lah besar…”

Bukan aku tak percaya, tapi malas nak amik pusing. Sebab semua dugaan tu bergantung pada diri aku sendiri untuk handle. Kalau kita sendiri bermasalah, yang kecik pon bisa jadi besar. Takan spender hilang pon nak report kat tok penghulu, tak pasal-pasal kecoh satu kampong. Jadi bila datang malapetaka, sendiri mau ingat la bhai..

16 Note:
gravatar
Rozita berkata...
Jumaat, Disember 11, 2009 5:18:00 PTG  

kena yakin pd diri sendiri..
yg penting ada usaha

gravatar
Anisa berkata...
Jumaat, Disember 11, 2009 5:57:00 PTG  

tade dugaan.bukan hidup namenye.
:)

Tuhan sangat baik :)

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Isnin, Disember 14, 2009 2:33:00 PTG  

[rozita]
dah yakin..cuma kdg2 perlu kekuatan..

[anisa]
yer..itu pasti..tuhan baik sgt2,, =)

gravatar
~~DucKneSs~~ berkata...
Selasa, Disember 15, 2009 6:25:00 PTG  

aku mau book satu kad wangi ko..buleh?

gravatar
zuhanif berkata...
Selasa, Disember 15, 2009 11:14:00 PTG  

haikel klu ada mslah jgn segan silu jumpa la akak. dtg guma pun tak per. abg n akak sentiasa akak cuba membantu apa yg termampu k. kami kn dekat jer ngan haikel. akak sentiasa free utk mendengar perkongsian dr haikel. jgn segan silu k. wat cm dulu2 pe2 pun di kongsi bersama akak n abg sporting tau. abg lg sporting dtg la ruma kami ntt k.

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Rabu, Disember 16, 2009 10:52:00 PG  

[duck]
bleh!!!! tp dgn syarat ko wajib dtg..sila pilih..kedah atau kelantan atau kedua2nya?

[k.arai]
yer..mmg la kita ni manusia sntiasa jer ada mslh..stkt arini..bisa aja saya handle..huhuhu..nnt ada masa sy bawak tunang saya jumpa akak eh..

gravatar
Khaleeqa Idrus berkata...
Rabu, Disember 16, 2009 3:15:00 PTG  

Haikel haikel, aku tau kau da tunang! Congratulation weh. Sungguh, aku tak sangke secepat neh. I thought you have just found your sul mate. maksud, aku, "baru jumpe". HAHA! Apapun, aku doakan yg terbaik utk kau dan juga kebahagiaan kau. Terus cekal dan tabah dlm mnghadapi segala rintangan berkasih syg :) Amin amin.

gravatar
zuhanif berkata...
Rabu, Disember 16, 2009 5:49:00 PTG  

hehehhe ok haikel bukan ape akak bg tau haikel wlpun tak de mslh pintu rumah kami sentiasa terbuka utk kamu heheheh :P

gravatar
~~DucKneSs~~ berkata...
Rabu, Disember 16, 2009 6:08:00 PTG  

aku mau pigi knuri kt kedah..hahhaha..kedah ktne eh?hahhaha

btw,tahniah yek..da mnjadi tunangan org nih kne lagi pndai jg diri..darah manis la katakan..

gravatar
~~DucKneSs~~ berkata...
Rabu, Disember 16, 2009 6:09:00 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
gravatar
en_me berkata...
Khamis, Disember 17, 2009 10:41:00 PG  

cobaannn tewww.. salamm abang hint ittewww

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Disember 17, 2009 10:47:00 PG  

[khal]
hahaha..tunang..byk betul cubaan sblm tu...slps pon sama..aku akan lbh cekal..insyallh..amin2.. =)

[k.arai]
iyer saya tau...nnt eh..bila saya betul2 free..saya g umah akak..eh..?

[duck]
manis la sgt~~ haha..kedah kat sik jer..huhuu..jgn xdtg plak..

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Disember 17, 2009 10:52:00 PG  

[en.me]
itular..haiya..

gravatar
Azri Ace berkata...
Khamis, Disember 17, 2009 9:56:00 PTG  

ko memang sorg yg tabah, xda hal la sume nih. org kata klu dh tunang, ada rezeki tunang. sok dh kawen, rezeki kawen. bile dh dpt anak, perghhh,,rezeki anak lagi la hebat. kawan2 aku yang dh dpt anak masuk sini, rezeki dorg aku tgk pun masyuk., just go with the flow my man.:)

gravatar
Unknown berkata...
Jumaat, Disember 18, 2009 10:33:00 PG  

akan spender hilang pon nak report kat tok penghulu, tak pasal-pasal kecoh satu kampong



ahahahaha...betulll :)

gravatar
Yazid Husain berkata...
Rabu, Disember 30, 2009 12:51:00 PTG  

bertenag, janag merungut sahaja

Catat Ulasan