Aku lalui saat-saat bahagia untuk tempoh sedetik. Sengsara yang aku tanggung bebannya berdekad-dekad. Jika hari semalam manusia bergembira dan berkasih sayang, esok aku jamin tiada sorak gempita yang dikompang gendangkan. Yang jauh di hati, yang dekat di hati, meraka datang sekali harung, pulang pun sekali harung.
Berkawan berpuluh tahun pon belum tentu kita kenal sepenuhnya siapa kawan siapa lawan, ini kan pulak yang baru jejak usia dua tiga tahun. Suatu yang sukar amat untuk diramal. Luar nampak baik, dalam hati busuk bersepah cam bangkai lunyai kucing kena langgar. Tak tahan tengok orang senyum girang bercinta bersama, ada saja ikhtiar untuk merompak dengan sekali petik. Mahu disayangi? Mahu dicintai? Tapi kalau cara dan pendekatan tak betul, tak kemana. Memaksa hati orang lain untuk menerima hatinya? Bagi aku itu suatu dosa syirik yang bukan sahaja aku tak ampunkan, Allah jugak!! Dosa zina, rasuah, mencuri, ini aku bagi contoh dosa besar, tapi untuk ini aku respek sama Tuhan sebab Dia Maha Pengampun. Untuk dosa syirik, ko tonggang tonggeng samayang depan orang sampai patah belikat sekalipun, tetap lubang jahanam ko akan tuju. Dosa itu hal ko dengan Tuhan. Dosa memutuskan hubungan, terpulang pada setiap individu untuk memaafkan. Setakat hari ni, hati aku cukup keras.
p/s:
“Ya Tuhan, Jika bukan jodoh aku untuk bersama dia, Engkau pisahkan lah hati kami. Dan berilah petunjuk dan hidayah kepada manusia yang imannya senipis kulit bawang. ”
Jumaat, Oktober 02, 2009 11:01:00 PG
Tuntasnya pintu hati kau sudah diketuk. Tapi pengalaman telah mengeraskan hati kau? Sampai bila? :/
Jumaat, Oktober 02, 2009 11:02:00 PG
jodoh ajal maut rejeki sumer Allah tentukann kannns bro.. hmmm
Jumaat, Oktober 02, 2009 11:52:00 PG
amiiiinnnn untuk doa di akhir ntri itu..sejauh mana kita usaha, kalo bukan jodoh kita,tak ke mana jugak..so,perkara yang lebih wajar ialah berdoa dan memohon pada Yang Maha Mengetahui supaya diberikan hidayah dan permudahkan jalan yang akan kita tempuh nanti..sama2 lah kita berdoa ya bro..
Sabtu, Oktober 03, 2009 1:34:00 PG
saya sangat tak suka dan benci bila ada perempuan lain yang sanggup mengacau rumah tangga orang lain demi kepentingan sendiri.
tak salahkan lelaki (sgt) menggatal sbb itu mmg lumrah.
saya doakan awak adalah lelaki setia seperti kasihnya Rasul kepada Khadijah.=))
Isnin, Oktober 05, 2009 10:54:00 PG
opss..bomoh jawa dari klang?
-sigh-
i'm from klang too remember?
Selasa, Oktober 06, 2009 12:48:00 PTG
[khal]
aku tak tau sampai bila..yang penting..ajal maut, jodoh pertemuan aku letak pada yang Esa..haih~~
[duck]
mmg agak terkejut bila benda mcm ni jadi di sekitar aku..aku bukan jenis percaya sgt benda karut marut..tp klu dah sawan org yg kita sayang jadi depan mata kita..mmg tak terungkap..berdoa agar dia sembuh..
[en.me]
betul2..syukur apa yg ada..jgn memaksa hati org dgn ilmu salah..
[fareen]
tp ini bukan perempuan..tp lelaki!! bodoh punya org..itu jampi org bahagia samapai mati ker?..xsangka...org yg kena xkan n mengaku dah kena..org yg buat xkan nk mengaku buat..kan?..bila dah berubat..pelan2 dia mula berubah..pelan2..saya suka~~
[miss amy]
alor~ aku tak niat tuju kat ko..bomoh tu dari jawa cuma menetap diklang jer..haih~~
Sabtu, Oktober 10, 2009 10:16:00 PG
ehemmm...ada news baru ke beb? smcm jer post ko kali nih:D
Isnin, Oktober 12, 2009 12:56:00 PTG
tidka fahamlah
Selasa, Oktober 13, 2009 1:21:00 PTG
siapa kacau siapa nih?
memutuskan silaturrahim amat di benci yang esa...ingatlah
Selasa, Oktober 13, 2009 1:52:00 PTG
wow, otromen ace dah ada title "Lt." kat depan, congratz! (^.^)
Selasa, Oktober 13, 2009 2:49:00 PTG
[lt.ace]
fuyoo..perghh..pegawau kerajaan komen blog aku ..hahahha..power siot~~ ada cerita best..tp blum sampai masanya..hehehe..
[Yazid]
Nnt aku explain lain hari yer..huhuhu..face to face..
[rozita]
sgt dibenci oleh yg esa dan smua makhluk....org sial cmtu xpatut hidup...
[shayra hint]
ehem3..otromen tu hanya org yg tertentu jer ek bleh pkai..huhu
Ahad, November 01, 2009 10:23:00 PG
aik. dh sebulan dah nih, xde citer baru pun:P
nk ujung tahun dh nih...aku masih terkurung dlm nih...
lepaskan belenggu dalam diri ko beb. hati keras, bg keras dompet gak. kepuk dgn wang ringgit...:)
Ahad, November 01, 2009 11:13:00 PTG
hentahnye.
hapdet la oit! (^.~)
Rabu, November 04, 2009 11:39:00 PG
kena bomoh ke?
adeh updatelah.
kembali.
Jumaat, November 06, 2009 5:00:00 PTG
masih kena bomoh terkunci kata-kata bertulis
Khamis, Januari 14, 2021 2:37:00 PG
boleh nak kenal tak ?
Khamis, Januari 14, 2021 2:43:00 PG
gg
Catat Ulasan