Memaparkan catatan dengan label Gaji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaji. Papar semua catatan

Hari-hari Hadap Nasi Putih, Kicap, Bawang.

files

Aku gelisah bila menunggu hari gaji masuk. Macam perit. Memang gaji aku tak besar. Tapi sepatutnya lebih dari cukup untuk tampung aku seorang bujang. Hairan gila, walaupun hari pertama masuk gaji, perasaan gelisah yang terbuku lima tak reti-reti nak lesap. Lega aku hanya untuk dua tiga hela nafas saja. Otak aku dah terbayang duit gaji tak sampai separuh bila jejak seminggu gaji masuk.

Mungkin betul cakap ustaz, insyaallah, Comfirm masuk neraka orang yang sentiasa tak cukup duit~ sigh~~ Arghh!! Mintak jauh...

p/s:

Mana pergi keberkatan duit gaji aku nih~~

Kapasiti Otak Terlarang

files , , , ,


Ada orang mempertikaikan kesahihan apa yang aku tulis dalam blog ini. Itu pendapat masing-masing. Kamu punya cara sendiri untuk berfikir..dan kamu punya otak untuk menilai kebenaran. Tidak pernah wujud suatu paksaan kepada kamu untuk percaya apa yang aku luahkan. Biar aku dan orang yang mengenali sahaja tahu disebalik kebenaran apa yang tercatat di sini.

Kamu kawan atau lawan.. ?

Tuhan saja yang tahu…

Bila diungkapkan kata-kata nista kepada aku.. Kamu harus percaya diri yang kamu ini sebenarnya seorang pendusta. Penokok tambah. Penglipur lara. Jika ada cerita berkisar tentang kecekalan seseorang mengharungi hidup. Sebaliknya akan berlaku jika si penceritanya adalah kamu!!

Yang cuba menjadi pencapub murahan. Mungkin bukan di dalam blog kamu tapi orang disekeliling. Ini suatu kemungkinan sahaja.

Tak pernah pon aku meminta kamu untuk mempopularkan nama aku. Sekali pon tak pernah. Terima kasih kerana menjadi penjaja murahan yang tak bertualiah.

Aku tidak tahu samada kamu lupa atau buat2 lupa yang kamu pernah bergelar orang bawahan. Aku sangat yakin, kamu pernah berada di posisi ini. Sangat yakin. Sangat Yakin. Sangat Yakin.

Wajar atau tidak, kamu lupa tentang perit orang bawahan bila mana kamu sudah berada di suatu puncak. Memandang dari atas dengan kerlingan. Bukan tinggi sangat pon puncaknya. Hairan. Sebab ia mampu buat kamu lupa diri.

Hina. Aku atau engkau?

P/s : Sila lucutkan jawatan manusia yang kamu pegang sekarang ini. Mungkin entri ini boleh juga disandarkan kepada entri Pem'goblog'er "Maksum" . Maaf, aku sudah merosakkan bahasa jawa.

KUALA TERENGGANU, 15 FEB. - Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Selain Epilepsi Babi, Penularan Epilepsi Gob'blogger adalah suatu fenomena baru yang memberi kesan secara langsung terhadap penipisan dan pengecutan otak, termasuklah 'compartment' Medulla Oblogata. Kewarasan dalam membuat pertimbangan boleh dipertikaikan. Jangkitan ini telah menjadi kegilaan yang semakin menggila umumnya di kalangan rakyat Malaysia.


Perilaku Binatang Orang Atasan

files , ,


Aku geram…aku hangin..gaji aku dah 2 bulan tertunggak…poket aku makin hari makin nipis. Kenapa bodoh sangat syarikat tempat aku kerja ni? reti nak menyusahkan hidup orang jer..bukannya nak jaga kebajikan staff.. Selagi dorg leh pijak..selagi tu la dorg pijak orang bawahan. Aku bukan anak orang kaya yang tengah buat kebajikan..aku pon nak sara hidup jugak.. bukan laki bini korg jer nak hidup..macam mana nak ikhlas bekerja klu dapat majikan yang haprak dan toya camni.

Gaji aku memang totally bergantung kepada duit projek. Tapi klu duit projek yang jumlahnya telah ditetapkan ( RM100 ribu setiap 6 bulan/fasa )korang guna untuk repair pintu lab..korang pegi buat signboard..korg pegi buat projek yang tak mendatangkan hasil…tanaman herba?tersadai…ternakan udang/ikan?..mati…

Yang merana bukan org atasan..tapi orang bawahan macam aku dan rakan staff lain. Setiap kali ktorg pertikaikan peraturan yang ditetapkan..Korg akan cakap..”kita ni syarikat bawah kerajaan…semua akta/peraturan ikut acuan kerajaan..”…
Tapi hal yang menguntungkan Syarikat dan merugikan pekerja korang akan cakap…. “kita ni semi government jer…peraturan macm swasta”..

Korg ingat aku dan staff lain ni bodoh sangat ?.!!!!...
klu bonus org,korg potong suka-suka hati…tapi klu bonus geng sendiri memang meletup…alasannya: ”geng kami staff lama.”

Klu claim perjalanan staff bawahan, leh potong suka-suka hati…tapi claim korg mileage nya beza cam berpuluh batu.

Claim OT pun korg nak potong!!!padahal RM4.50 jer sejam..kedekut nak mampus..bukan orang suka suki hati nak wat OT. dan bukan boleh kaya pon dengan OT camtu.

Claim lodging..klu staff kena pergi kursus dekat dengan kampong sendiri..claim x dilayan..sebab korg assume tempat penginapan adalah percuma. Masalahnya, staff yang pergi bukan pergi bercuti..tapi atas dasar kerja…!!!!

Klu bab cuti pun sama…cuti isteri bersalin seminggu untuk si suami korg mansuhkan..mana Akta kerajaan yang korg perjuangkan?...kenapa nak menindas orang2 bawahan seperti kami…?

Korg buat aku hangin dengan pengurusan bodoh korg..jangan sampai Syarikat kamu malu jika hal ini sampai ke peringkat lebih tinggi.