Memaparkan catatan dengan label Maksum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maksum. Papar semua catatan

Kapasiti Otak Terlarang

files , , , ,


Ada orang mempertikaikan kesahihan apa yang aku tulis dalam blog ini. Itu pendapat masing-masing. Kamu punya cara sendiri untuk berfikir..dan kamu punya otak untuk menilai kebenaran. Tidak pernah wujud suatu paksaan kepada kamu untuk percaya apa yang aku luahkan. Biar aku dan orang yang mengenali sahaja tahu disebalik kebenaran apa yang tercatat di sini.

Kamu kawan atau lawan.. ?

Tuhan saja yang tahu…

Bila diungkapkan kata-kata nista kepada aku.. Kamu harus percaya diri yang kamu ini sebenarnya seorang pendusta. Penokok tambah. Penglipur lara. Jika ada cerita berkisar tentang kecekalan seseorang mengharungi hidup. Sebaliknya akan berlaku jika si penceritanya adalah kamu!!

Yang cuba menjadi pencapub murahan. Mungkin bukan di dalam blog kamu tapi orang disekeliling. Ini suatu kemungkinan sahaja.

Tak pernah pon aku meminta kamu untuk mempopularkan nama aku. Sekali pon tak pernah. Terima kasih kerana menjadi penjaja murahan yang tak bertualiah.

Aku tidak tahu samada kamu lupa atau buat2 lupa yang kamu pernah bergelar orang bawahan. Aku sangat yakin, kamu pernah berada di posisi ini. Sangat yakin. Sangat Yakin. Sangat Yakin.

Wajar atau tidak, kamu lupa tentang perit orang bawahan bila mana kamu sudah berada di suatu puncak. Memandang dari atas dengan kerlingan. Bukan tinggi sangat pon puncaknya. Hairan. Sebab ia mampu buat kamu lupa diri.

Hina. Aku atau engkau?

P/s : Sila lucutkan jawatan manusia yang kamu pegang sekarang ini. Mungkin entri ini boleh juga disandarkan kepada entri Pem'goblog'er "Maksum" . Maaf, aku sudah merosakkan bahasa jawa.

KUALA TERENGGANU, 15 FEB. - Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Selain Epilepsi Babi, Penularan Epilepsi Gob'blogger adalah suatu fenomena baru yang memberi kesan secara langsung terhadap penipisan dan pengecutan otak, termasuklah 'compartment' Medulla Oblogata. Kewarasan dalam membuat pertimbangan boleh dipertikaikan. Jangkitan ini telah menjadi kegilaan yang semakin menggila umumnya di kalangan rakyat Malaysia.