Karut Dang Anum

files , , ,


Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang. Mungkin sudah sebati cerita ini dengan otak suci kamu. Terpaculnya cerita ini pabila seorang kakak di ofisku mengidam nangka pemberian Dato’ Karim, CEO The Company...

Pintu dikuak..

“ Dang Anum datang…!!” dengan girang nada Kak Siti sambil menepuk perut comelnya yang sarat mengandung. Dimakan seulas dua nangka yang aku belah. Diulangnya kelakuan seperti itu setiap kali memasuki pantry. Kehadiran memberi sedikit impak kepada topik perbualan aku dan Kak Timah.




Wajah sebenar Pengetua SMK Dang Anum


“Dang Anum?..kenapa Dang Anum…” satu persoalan muncul dihalakan kepada Kak Timah.

“ Takkan tak tau..dah banyak kali main cerita klasik ni ?”

“Tak tau la Kak Timah.. saya klu menonton..TV yang tengok saya..Citer P. Ramlee x pernah habis saya tengok..”

Perihal Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

Lalu Si Pencacai Sultan Mahmud dengan membibit sebiji nangka di hadapan anjung rumah Si Dang Anum. Menitis air rembesan cair dari dalam mulut Si Dang Anum terlihat akan nangka yang di bawa oleh Si Pencacai Sultan Mahmud . Hatta diminta Si Dang Anum seulas nangka yang dibawa Si Pencacai Sultan Mahmud. Dengan sekelumut sifat rahim yang ada dalam diri Si Pencacai Sultan Mahmud, di kabulkan permintaan Si Dang Anum. Terlepas segala derita ketagihan yang di tanggung si Dang Anum dengan hanya seulas nangka daripada Si Pencacai Sultan Mahmud. Usai menunaikan hajat Si Dang Anum, Si Pencacai pulang persembahkan kepada Sultan Mahmud, nangka. Murka dengan kehilangan seulas nangka, di heretnya Si Dang Anum selapas siasatan dijalankan. Seksa yang amat ditanggung Si Dang Anum apabila bahagian tubuh depan dibawah dada comelnya di belah kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud. Seulas nangka jadi pertaruhan nyawa.

Laksamana Bentan, kembali dari medan peperangan dengan hati yang berbunga-bunga untuk menemui kekasih hatinya. Cacau Laksamana, terkejut akan kejadian yang menimpa. Hati remuk..kelam..kusam.. seulas nangka ditukar ganti dengan sekujur tubuh kaku isteri terchenta. Hati remuk..kelam..kusam.. Keris yang masih lagi panas disirami darah musuh Negara bakal meratah darah pemerintah Negara. Usai keris di loban. Berpencak Si Laksamana. Keris dihunus.. Terketar-ketar tangan Sultan Mahmud mencabut tusukan keris. Darah membuak-buak keluar. Dilontar keris kearah Laksamana Bentan. Seraya berkata Sultan Mahmud sebelum mendapat gelaran mangkat. “ Beta Sumpah Tujuh Keturunanmu di Bumi Kota Tinggi” . Cubaan mengelak keris yang melayang, namun ia setia menyinggah di ibu jari kaki Si Laksamana. Meraung Si Laksamana. Menggelupur. Jejak keruh Sultan Mahmud dituruti.

“oh..camtu eh..”..kagum.

“ Pak sedara Kak Timah keturunan Laksamana Bentan yang terakhir”…kata Kak Timah dengan mukanya yang sentiasa selamba.

“Sumpahan tu memang wujud…Dulu Pak Sedara Kak Timah pergi Kota Tinggi.. Lepas jer Jambatan Kota Tinggi.. Dia tiba-tiba sakit. Bila sampai rumah sedara kat sana. Terus muntah-muntah darah. Makin lama, makin teruk. “..panjang lebar Kak Timah explain.

“Betul ke Kak Timah?”..tanya aku dengan penuh persoalan sambil menyuap nasi lemak dari bungkusan kedua.

“ Betul..Kak Timah tengok sendiri. Pastu ada orang pesan suruh keluar cepat-cepat dari Kota Tinggi. Lepas jer keluar. Pak Sedara Kak Timah tiba-tiba Ok balik. Sihat.”...

Dengan muka tak bersalah aku berkata. “Susah sket la saya nak pecaya Kak Timah benda-benda macam ni…”

Aku kurang yakin dengan kepercayaan karut perihal Daulat dan Tulah ni. Sedangkan Nabi sendiri pon tak punya kuasa sehebat itu. Kuasanya boleh wujud walaupun jasad tiada. Kuasa yang di agungkan sehingga menyamai dengan mukjizat. Pengipur lara yang lebih-lebih. Mungkin untuk tunjukkan betapa berkuasanya seseorang Sultan sehingga wajib dipatuhi walau apa jua keadaan. Klu x ikut dapat ‘penyakit’ la jawabnya. Baik ker..buruk ker..we’all kena cium jugak bontot Tuanku. Karut!!!!. Ampun Tuanku!! Aku bukan menafikan kuasa Perlembagaan Beraja. Sultan perlu. Tapi keperluannya cukup sekadar untuk membela rakyat. Bukan untuk menhancurkan. Ketua Agama bukan kaki judi. Kaki perempuan. Kaki mabuk. Kaki pukul. Mainkanlah perananmu dengan bijaksana. Daulat Tuanku. Tahi lalat besar tuku.




Gambar makam yang dipetik dari laman sesarang kerajaan Johor.







Tanjung Buai

files , ,


Tenang betul hati aku bila dapat jumpa pantai..dulu masa muda-muda mmg selalu sgt ke pantai. paling kerap masa aku tahun satu, di Tganu. berdoyon2 saban hari umat2 ke pantai. mungkin agak kagum bagi dorg bila tempat belajar betul2 sebelah pantai...situlah tempat berjogging..situ juga tempat untuk bertenet+lendir..situ jugalah tempat bersosial, main bola, rugbi, berenang, yang buat ritual pon ada, time tu geng Kelab Kebudayaan Bharatham sgt aktif..maka bergelimpangan lah sampah sarap, kelapa, botol susu dan entah apa2 lagi....kat situ jugak, klu buat BaBi-Q pon sodap dengan angin bayu menerjah ke setiap wajah pelawat. seronox. tapi makin lama kegiatan ni smacam dikurgkan dan dturun kan kepada pewaris yakni JUniOr kerana aku dan rakan-rakan menginjak naik ke tahun 2..tahun 3 dan akhirnya pencen dari dunia mahasiswa. rindu juga aku sama pantai di Mengabang Telipot.

Tanjung Buai..yer, destinasi yang mungkin kurg dikenali..kurg pengunjung..pantainya tidaklah secantik pantai lain..tapi cukup antik untuk aku mengubat rindu pada memori daun pisang yg masih ligat dalam otak ni. Ketika pantai lain dibahagian timur sibuk ditimpa berdozen2 hujan mencurah tanpa arti penat. Disini, Tanjung Buai masih lagi menjanjikan ketenangan abadi. Mungkin barang siapa nak bunuh diri..aku syorkan kamu datang kesini..aku pasti niat hatimu akan berubah disebalik bunyi desiran ombak halus. Sangatlah tenang.


Pantai yg bagi ku serba kekurgan..jauh dari segala arus pembangunan, tapi ia masih lagi mampu menerima air buangan najis kotor kamu.. ia masih lagi mampu menerima hingus yang kamu kan rembeskan..ia juga masih mampu menhilangkan haus tekakmu dengan sebuah kedai kopi usang yang menanti roboh. bagi aku, itu sudah cukup baik. melebihi dari segala keperluan.



Usang dan sunyi.....




Antik dan kelam...





Pantai tidak dihiasi pasiran mutiara....


P/S: Tetapi masih utuh dan mampu memberikan sedikit nafas kepada makhlux ciptaan tuhan berjoyah dimuka bumi ini...masih mampu memberikan ruang rezeki kepada insan yang memerlukan...

Pertaruhan Bodoh

files , ,

Aku bertekak secara aman dengan ofismate The Company…3 contoh untuk kamu supaya kamu lebih berfikir selepas ini. Bukan knowledge yg jadi keutamaan,tapi cuba fahami maksud tersirat.

1. Nama Scientific Pegaga.

Peri : Ginko Biloba ( muka yakin tahap Gaban )
Yaz : Tak. Bunyinya cam sentel. Blk lunch check tenet.
Han : aku tak tau sangat. Ko ni Peri, nak lawan budak Biotech. Mesti la dia menang.

Jawapan : CENTELLA ASIATICA



2. Bola bowling ada Berapa Lubang.

Peri : aku tak tau sgt. Aku rasa empat lubang. Sbb tak termasuk jari keliking. Jari tu xcukup kuat la untuk support bola yang berat.
Han : 3 lar !! (muka penuh yakin).. Family aku semua terer main tau.. tapi aku tak suka main sbb aku tak pandai.
Yaz : ermm..tah la..aku tak tau berapa lubang. Aku tak reti main. Klu main aku pegang guna dua tangan.

Balik lunch check tenet. Yazid an Aku..Gelak dalam hati..wlpn aku tak dengar Yaz gelak. Aku dapat rasakan..

Jawapan : Bola bowling 3 lubang..jawapan untuk kamu yang masih tak tau..blur3..



3. Limited edition Kereta Viva Kuning.

Peri : Tu kereta dia cat balik.
Han : Setuju dengan pendapat aku.
Yaz : tak. Viva kuning tu, orang yg menang Digi sempena 50 thn merdeka. Bila aku bagi fact, org xnak caya. Klu aku tipu orang pecaya plak.
HAN : Muka teragak2…

Jawapan : http://www.peroduavivaclub.com/index.php?topic=4564.0



Peri : Mungkin KOT.. (memberontak secara diam).
Keesokan hari…semasa kami memisang di Kedai Mualaf.
Yaz : sbnrnya aku dah Nampak Viva kuning tu b4 contest Digi lagi..hehehe..
Peri : dah agak dah..kaler kuning kereta tu lain mcm jer..

P/s :
Dalam dunia ni..jgn percaya cakap sapa2 pun.. Kamu dengan mudah akan diperbodoh-bodohkan dalam apa sahaja keadaan jika berpeluang. Aku dan Yaz bukan niat nak perbodohkan Han tapi kami hanya nak uji tahap blur seseorg.

Kamu perasan tak bila kawan disekeliling kamu bercakap, 50% hujah dan cerita yang disampaikan penuh dengan pembohongan secara sedar atau dia sendiri tak sedar. Cerita main hentam dengan penuh keyakinan. Cerita yang selalunya takde asas yang kukuh. Memang orang-orang bongok sebegini senang benar dijumpai disekeliling kamu. Klu bercakap ikut sedap mulut.

Peri : Minyak dah turun RM1.80.

Sengal : eh, mana ada..RM2.00 seliter..klu turun sposen.maka jadilah RM1.90. aku tau la sbb aku baca paper tiap2 hari.

Kontot : Betul2..minyak RM1.90.

Kelabu : aku baca paper la..minyak RM1.90

Keding : eh, yeker RM1.80?..RM1.90 la… bagus betul kerajaan Malaysia.

Peri : * Lantak korg lah…

Bila aku dan Sengal pegi stesen minyak. Aku muncungkan mulut seraya berkata.. “wei, sengal ko tengok tu brapa harga minyak… Tersengih si Sengal yang sememangnya sengal...

Malas aku nak layan hujah-hujah bodoh orang kat sekeliling aku.

Aku rasa makin rendah IQ aku bila cakap ngan orang macam ni...

Anjing dan Pengikutnya

files , , , ,

MAHA 2008. Tempat dimana pameran yang diadakan untuk syarikat yang melibatkan diri dalam industry pertanian untuk bermegah dengan hasil produk mereka. Termasuk la The Company yang aku sedang menghambakan diri. Di sinilah titik pertemuan antara Bruce dan The Company. Bruce kata dia ada kepakaran dalam menternak Red Claw dan offer untk handle projek. Board meeting diadakan oleh The Company yang entah hapa2 otak cetek mereka meluluskan peruntukan yang tak seberapa (angka puluh riban jugak). Kenapa aku cakap otak cetek?..sebab udang Red Claw ini punya pasaran yang sangat terhad kat Malaysia. Bahasa mudahnya, xlaku sangat. Saiz badan je besar..isi sikit.

Bila dengar khabar kematian si Bruce pada hari pelancaran Biodesaru + family day The Company di Desaru. Projek bodoh ni stuck secara tiba-tiba. Dengar2 la cerita dari staff hotel tempat si Bruce menginap. Si Bruce balik dalam pukul 5 pagi dalam keadaan mabuk2. Sedar2 esoknya, bila staff hotel check bilik. Mayatnya dah terkujur di kamar tidurnya. Bila org2 besar The Company dapat tahu, dorg bukan sibuk pasal si udang tapi sibuk dok tolak kehulu kehilir mayat si Bruce. Masing-masing cam seboleh-bolehnya xnak bertanggungjawab. Sedar2 dua minggu lepas tu, setel pasal si Bruce. Family Bruce kat Kanada lelong barang-barang si Bruce antara yang jadi rebutan. Scrambler yang harga lelongan mencecah angka RM1K sahaja.

Jadi minggu lepas aku follow ofismate pergi Senai. Tengok kolam udang Red Claw. Projek yang pernah dikelola oleh mendiang Bruce yang kewarganegaraannya penuh dengan kemusykilan. Ada yang kata Australia, ada yang kata Kanada. Mati mengejut dan sangat menyusahkan orang. Bukan niat untuk menghina si fulan ini tapi ingin dijadikan iktibar kepada kamu. Yer kamu yang sedang baca entri ini smbil korek hidung tu. Tapi xde apa sangat yang menarik tentang kolam tersebut. Cuma, yang menjadi igauan aku dan rakan2 adalah seperti dilampiran.




Ke’cute’an Si anak anjing bernama panda. Dan anjing hadoh pengecut. Masa aku tangkap gambar dorg ni, aku mmg standby nak lari jer. Tapi terbalik, dia plak yang lari. Buat haper la bela anjing camni tuk jaga kolam.


Moral of the Story. Jangan bela udang red claw. Bela anjing lagi bagus. Boleh bawak pergi mengundi 17hb ni. Mesti puak jentera pilihan raya yang suka memberi gula-gula takut nak berkempen kat aku. Nanti kena samak. Dorgkan Parti Pejuang Islam Palestine yang terhebat di dunia yang. Mana boleh main dengan anjing...

Ooooo i seee... (oic).

Noraini Laksa

files , ,



Sebelum ni..aku dengar org cakap jer. Tapi aritu si tumble mengidam Laksa bila lalu jer depan kafe Noraini Laksa. Aku gagahkan jua kakiku walaupun nama tersebut cukup ngeri dalam The Company. Nama yang sengat di Geruni oleh rakan se’company. Aku biarkan sahaja masalah nama itu. Demi laksa untuk si tumble. Kaching!! Gov tax 5%. Total RM4.75. euuhh..sedikit mahal harga untuk semangkuk Laksa. Tapi rasanya….hhheheheheeeeeeaaven……!!!


Memang licin..klu lada tu xpedas mungkin ia turut akan menjadi mangsa si Pelahap seperti gamar dibawah.

p/s : sangap sedap.. Jusco Skudai.

Tarikh Keramat

files ,



Aku turun diperhentian machap..suatu ketik dahulu. Sewaktu zaman bujangku. Terpandang aku kaku melihat satu iklan mencari seorang ibu. Anak soleh jika mereka ini bergelar muslim, mungkin. Apa yang membuatkan aku tertarik, tarikh kehilangan permata hati ini . tarikh keramat jatuh bangun sebuah kerajaan Malaysia. Mungkin anak-anak mereka terlalu sibuk berkempen sehingga lupa akan ibunya. Atau mungkin ibunya pergi mengundi dan penyakit nyanyuk datang menyebabkan ia lupa untuk pulang kerumah. Dan juga mungkin kita boleh mencari si ibu yang hilang ini di Kuala Terengganu. Kerana pilihan raya kecil akan diadakan. Si ibu sedang sibuk berkempen agaknya.


Tarikh keramat ini juga membawa maksud yang bermakna bagi seorang wanita kerana ia adalah hari Wanita Sedunia. Merajuk dengan rakyat Malaysia kerana terlalu ghairah berkempen pada PRU 12 yang lepas sehingga lupa untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Si ibu mungkin membawa diri jauh disudut Malaysia mencari ketenangan sehingga Biduanita berbangsa Cina ini lupa yang dia punya penyakit nyanyuk dan beranggapan dia dilahirkan dari anak buluh betong. Tiada punya itu keluarga.


Atau mungkin kehilangan beliau punya kaitan dengan seorang yang berstatus maharaja dewata raya. Kerana tarikh keramat ini adalah tarikh kelahiran yang ke 22 seorang putera raja yang bijakperkasa lagi tampan. Tiba-tiba aku jadi sebak, rasa bersalah dan rasa bertanggungjawab atas kehilngan si ibu cina itu.