Tarikh Keramat

files ,



Aku turun diperhentian machap..suatu ketik dahulu. Sewaktu zaman bujangku. Terpandang aku kaku melihat satu iklan mencari seorang ibu. Anak soleh jika mereka ini bergelar muslim, mungkin. Apa yang membuatkan aku tertarik, tarikh kehilangan permata hati ini . tarikh keramat jatuh bangun sebuah kerajaan Malaysia. Mungkin anak-anak mereka terlalu sibuk berkempen sehingga lupa akan ibunya. Atau mungkin ibunya pergi mengundi dan penyakit nyanyuk datang menyebabkan ia lupa untuk pulang kerumah. Dan juga mungkin kita boleh mencari si ibu yang hilang ini di Kuala Terengganu. Kerana pilihan raya kecil akan diadakan. Si ibu sedang sibuk berkempen agaknya.


Tarikh keramat ini juga membawa maksud yang bermakna bagi seorang wanita kerana ia adalah hari Wanita Sedunia. Merajuk dengan rakyat Malaysia kerana terlalu ghairah berkempen pada PRU 12 yang lepas sehingga lupa untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Si ibu mungkin membawa diri jauh disudut Malaysia mencari ketenangan sehingga Biduanita berbangsa Cina ini lupa yang dia punya penyakit nyanyuk dan beranggapan dia dilahirkan dari anak buluh betong. Tiada punya itu keluarga.


Atau mungkin kehilangan beliau punya kaitan dengan seorang yang berstatus maharaja dewata raya. Kerana tarikh keramat ini adalah tarikh kelahiran yang ke 22 seorang putera raja yang bijakperkasa lagi tampan. Tiba-tiba aku jadi sebak, rasa bersalah dan rasa bertanggungjawab atas kehilngan si ibu cina itu.

2 Note:
gravatar
Yazid Husain berkata...
Isnin, Januari 05, 2009 10:52:00 PG  

mendidik anak itu apabila kita sudah mula terasa ingin mendirikan rumah tangga

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Januari 08, 2009 8:05:00 PG  

nnt aku akan jejaki langkah ko..ilmu berbaloi..harga xternilai..

Catat Ulasan