Aku bertekak secara aman dengan ofismate The Company…3 contoh untuk kamu supaya kamu lebih berfikir selepas ini. Bukan knowledge yg jadi keutamaan,tapi cuba fahami maksud tersirat.
1. Nama Scientific Pegaga.
Peri : Ginko Biloba ( muka yakin tahap Gaban )
Yaz : Tak. Bunyinya cam sentel. Blk lunch check tenet.
Han : aku tak tau sangat. Ko ni Peri, nak lawan budak Biotech. Mesti la dia menang.
Jawapan : CENTELLA ASIATICA

2. Bola bowling ada Berapa Lubang.
Peri : aku tak tau sgt. Aku rasa empat lubang. Sbb tak termasuk jari keliking. Jari tu xcukup kuat la untuk support bola yang berat.
Han : 3 lar !! (muka penuh yakin).. Family aku semua terer main tau.. tapi aku tak suka main sbb aku tak pandai.
Yaz : ermm..tah la..aku tak tau berapa lubang. Aku tak reti main. Klu main aku pegang guna dua tangan.
Balik lunch check tenet. Yazid an Aku..Gelak dalam hati..wlpn aku tak dengar Yaz gelak. Aku dapat rasakan..
Jawapan : Bola bowling 3 lubang..jawapan untuk kamu yang masih tak tau..blur3..

3. Limited edition Kereta Viva Kuning.
Peri : Tu kereta dia cat balik.
Han : Setuju dengan pendapat aku.
Yaz : tak. Viva kuning tu, orang yg menang Digi sempena 50 thn merdeka. Bila aku bagi fact, org xnak caya. Klu aku tipu orang pecaya plak.
HAN : Muka teragak2…
Jawapan : http://www.peroduavivaclub.com/index.php?topic=4564.0

Peri : Mungkin KOT.. (memberontak secara diam).
Keesokan hari…semasa kami memisang di Kedai Mualaf.
Yaz : sbnrnya aku dah Nampak Viva kuning tu b4 contest Digi lagi..hehehe..
Peri : dah agak dah..kaler kuning kereta tu lain mcm jer..
P/s :
Dalam dunia ni..jgn percaya cakap sapa2 pun.. Kamu dengan mudah akan diperbodoh-bodohkan dalam apa sahaja keadaan jika berpeluang. Aku dan Yaz bukan niat nak perbodohkan Han tapi kami hanya nak uji tahap blur seseorg.
Kamu perasan tak bila kawan disekeliling kamu bercakap, 50% hujah dan cerita yang disampaikan penuh dengan pembohongan secara sedar atau dia sendiri tak sedar. Cerita main hentam dengan penuh keyakinan. Cerita yang selalunya takde asas yang kukuh. Memang orang-orang bongok sebegini senang benar dijumpai disekeliling kamu. Klu bercakap ikut sedap mulut.
Peri : Minyak dah turun RM1.80.
Sengal : eh, mana ada..RM2.00 seliter..klu turun sposen.maka jadilah RM1.90. aku tau la sbb aku baca paper tiap2 hari.
Kontot : Betul2..minyak RM1.90.
Kelabu : aku baca paper la..minyak RM1.90
Keding : eh, yeker RM1.80?..RM1.90 la… bagus betul kerajaan Malaysia.
Peri : * Lantak korg lah…
Bila aku dan Sengal pegi stesen minyak. Aku muncungkan mulut seraya berkata.. “wei, sengal ko tengok tu brapa harga minyak… Tersengih si Sengal yang sememangnya sengal...
Malas aku nak layan hujah-hujah bodoh orang kat sekeliling aku.
Aku rasa makin rendah IQ aku bila cakap ngan orang macam ni...
