Hari masih pagi. Aku tiba di pejabat seawal pukul 7.28 pagi ( waktu jam punch card ). Aku dapat rasa hari ini aku agak SEWEL sedikit. Sakat menyakat. Bergurau senda. Bergelak ketawa dengan rakan sekerja. Dan tidak lupa, sedikit selingan aksi mengupat. Nauzubillah. Suatu perkara yang agak jarang dan “ganjal” (pinjam ayat anak tukang jahit) jika wujud suasana seceria ini didalam pejabat. Mungkin orang-orang besar tidak berkeliaran di pejabat. Kerja luar agaknya.
Sedar tidak sedar. Jam punch card menyanyikan lagu waktu rehat tengahari kedengaran. Cuaca diluar pejabat sangat panas rupanya. Buat kepala aku gatal-gatal secara tiba-tiba. *Garu-garu. Keruk…keruk..kerukkk. Kepala bertambah SEWEL. Aku berempat menuju ke Kafe Meranti. Kenyang, bila dapat menjamah sepinggan nasi sahaja. Dan bimbang jika ada terlihat kelibat lelaki Arab yang sedikit gay berkeliaran. Sekali lagi kepala aku bertambah sewel.
Dalam berjalan pulang kembali ke pejabat. Tiba-tiba entah dari mana terkeluar topik Canselor UKM yang baru sahaja mangkat. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Hana : Aku suka canselor tu.
Peri : Sebab?
Hana : Dia comel. Jalan lambat-lambat naik tangga. Kesian pakcik tu.
*Kami bertiga seakan sependapat tentang Si Hana punya taste sememangnya lelaki tua.
Tiba-tiba wujud satu persoalan dari otak SEWEL aku.
Peri : Canselor UKM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ?
Hana : Yelah, kenapa?
Peri : UKM kat Negeri Sembilan ker? Aku rasa kat Bangi, Selangor kot.
Yazid : Bangi tu kat Negeri Sembilan la.* dengan muka serius.
Peri : Owh, selama ni aku ingat Bangi kat Selangor. Lamanya aku bodoh.
Rentetan itu SEWEL aku menjadi-jadi. Topik baru di goreng, untuk alihkan topik tadi.
Peri : Kawan aku kat UUM cakap, hostel dia kat sempadan Selangor.
*Haza, Yazid, Hana senyum dan gelak.
Yazid dan Hana : Bukan ker UUM jauh dengan Selangor?
Haza : Yeap..Dekat dengan sempadan Thailand - Bukit Kayu Hitam.
Yazid : Dah berapa lama ko diperbodohkan lagi oleh kawan ko?hehe..
Peri : 2 tahun kot, Masa jumpa dekat Pesta Rakit Pekan fest. T_T. Tapi bukan ker UUM main course banyak pendidikan?
Haza, Yazid, Hana: Itu UPSI la!!!!
Aku rasa hari ni hari yang paling SEWEL dalam sejarah hidup aku. Mentang-mentang la orang kampong macam aku tak pernah pegi Bangi. Padahal mak sedara aku ada jer duk kt Bangi. Korang bodoh-bodohkan aku yer. Dan aku pon bodoh jugak, UPSI dengan UUM pon boleh tertukar.
Bermula 20 Januari 2010. Cuti umum akan diisytiharkan sebagai Hari Sewel Sedunia. Mungkin hari penting dunia sebegini perlu di ingat. Hari untuk orang SEWEL dan hari Perlantikan Obama. Bolah jadi berguna bagi kamu untuk menjawab soalan sambil menggaru ketiak ketika menonton rancangan Joe Jambo dan Kanak-Kanak Kilat di Kaca TV.
Semoga Hari dan Tarikh ini akan memberi sedikit berita gembira dan nafas baru kepada Warga Palestin.
Rabu, Januari 21, 2009 1:40:00 PG
dulu aku dengan konfiden cakap ng member aku upsi tu kat perlis
kata kunci: konfiden
Rabu, Januari 21, 2009 7:48:00 PG
hahahaha
gelak golek-golek atas lantai
Rabu, Januari 21, 2009 8:08:00 PG
[Dila]
betul!! yang penting konfiden..tapi rasa macam bodoh tahap gaban pon ada jugak...haih...
[Yazid]
ROFL.Suweinyer bila rasa bodoh.
Khamis, Januari 22, 2009 10:47:00 PG
"Dia comel. Jalan lambat-lambat naik tangga. Kesian pakcik tu."
jalan lambat-lambat pun boleh dikira comel ke? hee
Khamis, Januari 22, 2009 2:08:00 PTG
da mmg taste dia org tua..xbleh nak buat apa dah...harap kamu dan lil prince hepi always k.. =]
Jumaat, Januari 23, 2009 4:21:00 PTG
aduihhh... ko xsewel laaa...
pembetulann : ko blur2 manje gitu...
Rabu, Januari 28, 2009 8:50:00 PG
banyak la blur manja..ilmu xcukup lagi bah... T_T
nnt nak banyak baca buku r pasni...
Catat Ulasan