Ini rancangan favret sepanjang zaman. Agak teruja juga bila dapat tengok mereka secara life. Mungkin kamu dan kamu boleh kata aku ini childish, harap muka sahaja tua ( dalam erti kata lain, MATANG). Mungkin kamu tak sehaluan ingin mengenali mengapa dan kenapa manusia seperti kami memerlukan sesuatu seperti ini. Bila di tanya soalan ini, mungkin aku sendiri pon tak dapat menjawabnya dengan jelas .
Elmo, secara jujurnya aku sentiasa merindui celoteh dan keletah manja dari kamu. Sungguh cumil yang teramat bagiku. Mujur aku punya sedikit koleksi simpanan tentang kamu, sedikit sebanyak dapat juga aku mengubat kerinduan bila kamu tiada dimata ku. En. Elmo, kirimkan salamku kepada sahabat-sahabatmu yang lain. Jika ada peluang, terasa ingin sekali berjumpa dan berpelukan dengan kamu semua. Terutamanya sahabat perempuan kamu yang pandai menari itu.
OMG, aku masih lelaki rupanya. Masih ada keingin bersama perempuan. Walaupun punya koleksi patung elmo, adakah kamu masih menganggap aku punya hobi masih tidak mencapai kelas pertama. Maafkan aku paklah, kerana acuan itu aku biarkan sahaja. Elmo atau paklah?ada baiknya aku pilih Elmo. Selamat Mengundi Rakyat Terengganu

