Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Ini Kichi Punya Hal

files

Makin juah masa direntas. Makin perit perjalanan ditempuh. Sukar memang la sukar, tapi aku harus berdiri sendiri guna kaki yang tuhan bagi. Sampai bila mahu bertatih dipimpin tuntun oleh Sang Mulia Bonda dan Ayahanda? Dah tua bangka pon mahu nak bergantung harap pada mereka? Usia sial untuk wujudkan suasana sebegitu.

Lain lar kalau berat aku masih dibawah 26kg. Sekarang 76kg ,boleh patah rusuk mak aku klu nak dukung bayi seberat aku. Puting botol pulak, seminggu sekali kena tukar, sekali nyonyot, sekali rabak.

*Srrrrottttttttttt….Srrrrooooottttttttt…….Srrrooootttttt…..

Ya Tuhan permudahkan rejeki untuk hamba mu ini… Sebab sekarang ni, darah aku makin manis. Makin manis makin beban. Makin beban, berlonggok dugaan mendatang. Aku tak nak la mak ayah aku terbeban dengan keadaan aku sekarang ni. Mau tidaknya bimbang, kerja pon masih terumbang ambing ada hati nak bela anak orang. Dan berpusu-pusu jugak lar peribahasa, kiasan, tatabahasa, kata pujangga dari teman penglipur lara yang mesra dan yang tak berapa nak mesra…

“Dugaan orang berdarah manis sangat-sangat lah besar…”

Bukan aku tak percaya, tapi malas nak amik pusing. Sebab semua dugaan tu bergantung pada diri aku sendiri untuk handle. Kalau kita sendiri bermasalah, yang kecik pon bisa jadi besar. Takan spender hilang pon nak report kat tok penghulu, tak pasal-pasal kecoh satu kampong. Jadi bila datang malapetaka, sendiri mau ingat la bhai..

Bomoh Jawa dari Klang

files

Aku lalui saat-saat bahagia untuk tempoh sedetik. Sengsara yang aku tanggung bebannya berdekad-dekad. Jika hari semalam manusia bergembira dan berkasih sayang, esok aku jamin tiada sorak gempita yang dikompang gendangkan. Yang jauh di hati, yang dekat di hati, meraka datang sekali harung, pulang pun sekali harung.

Berkawan berpuluh tahun pon belum tentu kita kenal sepenuhnya siapa kawan siapa lawan, ini kan pulak yang baru jejak usia dua tiga tahun. Suatu yang sukar amat untuk diramal. Luar nampak baik, dalam hati busuk bersepah cam bangkai lunyai kucing kena langgar. Tak tahan tengok orang senyum girang bercinta bersama, ada saja ikhtiar untuk merompak dengan sekali petik. Mahu disayangi? Mahu dicintai? Tapi kalau cara dan pendekatan tak betul, tak kemana. Memaksa hati orang lain untuk menerima hatinya? Bagi aku itu suatu dosa syirik yang bukan sahaja aku tak ampunkan, Allah jugak!! Dosa zina, rasuah, mencuri, ini aku bagi contoh dosa besar, tapi untuk ini aku respek sama Tuhan sebab Dia Maha Pengampun. Untuk dosa syirik, ko tonggang tonggeng samayang depan orang sampai patah belikat sekalipun, tetap lubang jahanam ko akan tuju. Dosa itu hal ko dengan Tuhan. Dosa memutuskan hubungan, terpulang pada setiap individu untuk memaafkan. Setakat hari ni, hati aku cukup keras.

p/s:

“Ya Tuhan, Jika bukan jodoh aku untuk bersama dia, Engkau pisahkan lah hati kami. Dan berilah petunjuk dan hidayah kepada manusia yang imannya senipis kulit bawang. ”

Dilema Ketuat Nasi Mak Jah

files

Manusia segenap pelusuk alam, mahu tidak mahu menu hariannya mesti berkisar tentang perasaan dan emosi.


“ Ko rasa umur Pakwe aku berapa” Kawan Bulat.

“Aku rasa 31 atau 32, kan?” aku.

* Kawan Bulat sengih.

“35. Pakwe aku tak tau nak panggil bapak aku apa, Klu Uncle, bapak aku baru 45”

**********

Soal hati di bicarakan dengan pertanyaan bukan kelipan.


“Aku nak pandangan buruk baik hubungan Bulat” Kawan Sasa.

“Aku ok. Dua-dua berkongsi hidup bercinta dan jaga pasangan.” Aku.

“Yang Buruknya?” Kawan Sasa.

“Anak masih sekolah, tapi bapak dah pencen”. Aku.



Tapi Itu soalnya nanti...

Secubit Kebenaran Kisah Hidup

files

Otak aku makin lemau untuk berblog kali ini. Bercuti sakan 4 hari buat aku terasa malas tahap cipan untuk balik semula ke Johor. Johor ada aura tersendiri yang buat aku gemar untuk menetap disini. Sahabat terbaik yang pernah wujud dalam hidup aku hanya disini. Sedang sepanjang hayat aku, tidak sekali pon pernah aku melabel siapa sahabat baik aku. Disini lain ceritanya. Sahabat ada dimana-mana. Perlu bahu, mereka sentiasa menadah tanpa kompromi. Bukan aku tidak sayang kawan yang lepas, cuma aku sendiri tidak pasti akan dianggap sahabat atau tidak.

Johor atau Kedah? Bingung. Kelantan tetap dihati.
Yang pasti bukan Terengganu mahupun Perlis (Ini Pahit).

Hari ini, dengan otak yang separa auto terpaksa sekali lagi untuk aku berfikir bagi menjawab tag dari gadis comel. Aku tak biasa menolak pelawaan dari seorang gadis. Mahukan kenyataan yang benar sahaja? Selama ini pon, aku tak pernah menipu pon tentang apa yang aku tulis. 3 kebenaran.. hurm?

Kebenaran Satu :

Sudah 6 tahun aku dengan selambanya mengorek hidung pada waktu bulan puasa. Aku sangat tak faham dengan cara penafsiran ‘kaedah batal puasa’ yang diamalkan di Malaysia. Rongga~ hurm.. tapi aku tak akan melakukkan aktiviti ini secara terbuka walaupun ia tiba-tiba menjadi halal untuk dijamah. Sebab aku tahu Melayu Malaysia akan mudah melenting jika melihat tindakan aku.Mungkin bisa aku di cop menghina agama. Aku hormat fahaman dorg. Aku buat secara tertutup. Aku buat secara senyap. Aku malas mahu berdebat. Jika tidak yakin dengan apa yang aku buat sekarang ni, sila rujuk pada pakar. Sebab blog ini bukan tempat untuk menafsir agama.

Kebenaran Dua :

Kenapa, bila aku cakap aku pemalu dengan perempuan. Aku di hamun.
“B%b&..Muka cam ko ni pemalu? Blah lar wei..”
Walaupun manusia yang paling rapat dengan aku sekalipun tak akan pernah percaya jika aku keluarkan statement diatas. Apa yang kamu nampak hanya lakonan plastik untuk menutup kelemahan hakiki aku.

Kebenaran Tiga

Aku sangat baran. Buku lima aku sudah tiga empat kali menyinggah pada muka-muka yang terpilih. Bukan aku yang pinta. Tetapi insan malang itu yang meminta. Jangan sesekali wujudkan suasana tegang. Jangan sesekali melakukan provokasi tanpa batasan. Aku sangat baran. Cuma sejak dua menjak ini, baran aku menyembah bumi. Ego aku tewas tersembam tanpa rasa ingin untuk bangkit kembali. Hanya kerana dia.

Patah Tumbuh, HIlang Tak Berganti

files ,

Semalam, berdesing gegendang telinga Aku dan Blazer apabila terdengar perbualan telefon dari seorang lagi sahabat, Bakso. Suasana sunyi parkir Plaza Angsana menajamkan lagi deria dengar kami.


“Bapak… Bakso tak suka la kerja kat sini…”
“Kerja Ok cuma environment dia tak best~~”
“Offer letter..? Resume Aso? Ermm..nantilah pak eh…”


Perbualan hanya kedengaran satu hala sahaja disebabkan Bakso tak bukak loudspeaker.
Keluh hati aku dan Blazer kelu.

Aku akui dan aku sedikit pun tidak membantah tentang kebenaran luah hati Bakso kepada bapaknya (Si Gulai Kawah). Apa yang dikhabarkan mungkin ada juga benarnya.

Cuma hati aku dan Blazer, agak terkilan.. bukan kerana tersinggung dengan rungatan tersebut tapi kami dapat merasakan aura kehilangan seseorang sahabat. Sahabat yang mana sentiasa mahu merelakan diri menjadi bakso yang sangat sedap untuk dihirup pada setiap dinner.

Mungkin Bakso sudah jemu dengan peranan aku sebagai Yong Tau Fu. Dan sudah muak dengan gaya metro Blazer yang senantiasa kelihatan maskulin.

She’s a vital part of us. If we both lose her maybe there’s no more delicious bakso for us. No one can replace her. The one who even try to can’t perform as beautiful as Angsana’s Bakso like she does. Maybe the new one can act like Setulang’s Nasi Goreng Seafood. Both taste great but still not the same.

p/s :

Jiwa kacau… ziarah aku ke Plaza Angsana dengan niat mahu menyewa dinner suit pada jumaat ni tergendala.. I’ll not spend RM400 for one night. Damn~~

Bila janda Beranak Tiga Mengular

files , ,

Klu dah rasa diri ini macho. Ko jangan sekali-kali tanya orang tentang kemachoan diri ko. Aku ingatkan, Jangan!! Klu ko rasa diri ko dah cukup hensem, jangan sekali-kali tiru cakap gaya aku yang sering mempertikai kejadian tuhan (kenapa aku terlalu hensem untuk wanita di dunia ini sehingga tiada individu baru yang sanggup mendekati aku). Aku ulangi JANGAN!! Klu ko kurang yakin atau cepat gelabah bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali?..itu sememangnya suatu kecacatan. Tapi cacat tak semestinya kekal dan hidup kita ini bukannnya lama. Cuba ubah selagi termampu.

Bila mana kehidupan hanya tertumpu dalam ruang kerja dan tidur semata-mata, aku dapat rasakan seperti bahagian otak medulla oblongata sedang disiat-siat. No life bak kata Mat Salleh!! Jadi sebarang offer untuk kemana saja tempat yang dapat menghiburkan hati, tak mungkin aku lepaskan. Mungkin ini puncanya yang menyebabkan aku ke tanah haram sebanyak 3 malam untuk minggu ini sahaja.


Dan semalam, sekali lagi aku tersinggah uptown JB. Kononya teman si member membelai halwa telinganya dengan lagu jazz yang didendangkan oleh Okestra MBJB. Harga yang terpaksa aku bayar ialah BOSAN!!!


Cuma yang membuatkan aku tertarik ialah bila terlihat india tua separa spastik lengkap dengan berpakaian kemas; kemeja, seluar slack dan berkasut. Gelagatnya yang khusuk melihat penyanyi wanita MBJB sedang mendendangkan lagu Dak Dik Dut sangat mencuit hati aku. Dan pada malam itu juga aku belajar apa ertinya Macho ala Gaban bagi seorang lelaki. Teknik terulung dan cara pengaplikasian cukup jelas dan sempoi berjaya disampaikan oleh si jejaka tua itu dengan hanya menggunakan segala kemudahan sedia ada disekitarnya. Kemachoan yang cuba dipamerkankan sangat aku kagumi apabila dia meminta segelas ais kosong di gerai berdekatan dan meminumnya dengan menongkatkan kaki diatas bangku dan menjadikan lutut sebagai alas siku. Macho bukan?


Bila part sela masa pertukaran penyanyi, tiba-tiba dia menghilang entah kemana dan hadir dengan sebungkus teh ais. Matanya liar dan gerak gerinya cukup resah semasa mencari kelibat penyanyi wanita yang menghilangkan diri dibelakang pentas. Pantas dan tepat pada masanya. Mungkin lelaki macho seperti dia sahaja yang memahami kehendak wanita idamannya sedang kehausan walaupun ia belum sempat lagi dizahirkan dengan kata-kata.


Tak cukup dengan itu, sesiapa sahaja terutama ibu-ibu yang sedang mendukung bayi akan segera didekati. Disitu lebih jelas kredibeliti dan kemanjaannya sebagai bakal Suami dan Ayah Idola yang cuba ditonjolkan dihadapan wanita pujaan. Walaupun agak sarkastik bila dilihat oleh mata kasar tapi maksud sudah cukup untuk menyamapi apa yang tersirat dihati.


Dan baru hari ini aku sedar. Hidup ini sememangnya cukup lazat untuk dijamah jika kita cuba menghargai setiap detik dan peristiwa yang senantiasa menjengah kita.

p/s :
Semalam, balik dari uptown ktorg lalu depan Jalan Susur. Alang-alang dah lalu kena la masuk. Tahi betul!! polis buat roadblock kat Tanah Haram Jadah tu. Tak sempat aku nak tengok wanita-wanita hensem kat situ. Klu dapat tengok, itu mungkin rekod aku yang ke 4 dalam tempoh seminggu.

Polis, kau memang tahi. Aku benci kau!!

Walaupun ko tak salah.