Pernah sebelum ex-housemate ( Padil Lesung Batu ) aku blah.. Dia mengadu yang duitnya selalu hilang.. memang la tak banyak tapi klu kerap sangat hilang, mau parah jugak dibuatnya.. Sekali hilang RM10…RM5…RM10...RM5…RM10…RM5…RM10...RM10…
Dia luahkan segala perasaan kepada rakan-rakan , mungkin hajat Si Padil Lesung Batu mahu berkongsi apa yang dialami … tapi aku cuba “menidakkan” apa yang berlaku…
Mungkin aku ni seorang yang terlalu positif. Jadi aku balas balik seperti ayat dibawah…
“Cuba ko kira balik duit tu….”
“Ko salah kira kot…”
“Ko lupa semalam ko terbeli sth kot…”
“Ko ni kan selalu letak barang bersepah..ni lar jadinya..”
“Klu betul lar ada pencuri dalam rumah kita..tak kan la duit ko jer yang dia curi..aku punya wallet aku letak bersepah jugak..tak hilang pon…”
Tiba-tiba…
Ada watak baru mencelah dengan adegan wajah yang begitu serius…
( Mr. XY ) “Aku pon selalu jugak hilang duit… aku rasa lar kan..rumah ni ada Toyol kot..”
*Kami diam seketika…
Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak.
Dan secara peribadi… aku akan berkata TIDAK.
*Masa terus berlalu...
*************************************************************************************
Hari masih pagi ( 23hb Mac 2009) , jam menunjukkan 6.20, entah kenapa berat sangat mata aku untuk dibuka. Kekuatan untuk aku bangkit hanya datang setelah aku tergolek2 ditilam empuk sehingga pukul 6.49 pagi.
Pintu bilik dikuak dilaju. Hati aku agak tersentak apabila terpandang kelibat manusia yang sedang asyik menyeluk tangan dalam poket jean yang aku gantung. Hati sedih aku berbisik dengan sayu… “ Mr.XY ,kenapa? Perlu ker wujud lagi rantaian kawan makan kawan?”
P/S:
Betul cakap orang tua-tua.
Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri..
Klu memang suka bercakap bohong, lama-lama nanti jadi pencuri.
