Memaparkan catatan dengan label Isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isteri. Papar semua catatan

Mula Bayar Zakat Sendiri, Petanda Aku Dah Boleh Kawen.

files

Dosa makanan ruji aku. Hari- hari buat tapi aku tak pernah berasa serik untuk semayang. Dan tak pernah jemu pun untuk berdoa, mintak ampun untuk mohon petunjuk. Kamu tahu, iman aku sangat lemah. Mudah ditewas nafsu sekelipan.

*Just Blink. .Blink..Blink…Sila buat mcm ni _(~.~)_ ---> \(0,0)/

Sedar-sedar, tubuh terkujur kaku memandang siling. Tewas yang entah keberapa kali.

Aku pernah merasakan diri aku terlalu jijik untuk memohon taubat dari tuhan. Tapi aku tahu, hari esok belum tentu nafas aku boleh mendengus dengkur dengan kencang seperti hari yang sudah-sudah. Aku tetap mohon petunjuk. Lambat atau cepat untuk meminta keampunan bukan suatu ukuran. Yang penting kita buat.

*****

Kawan skerja selalu cakap.

“Ko tau qer, puasa ni bukan takat menahan diri dan lapar saja. Perkara lain pon kena tahan jugak. Marah dan nafsu selalu sangat orang abaikan” Si Gonjol.

Tazkirah pendek. Tapi mampu buat aku tersenyum rapi sampai ke telinga. Sambil hidung serombong kapal aku dengan paksa rela menelan bau megi yang direbus oleh Si Gonjol. Walaupun pada saat itu jam baru jer menunjukkan angka 9. Asap rokok berkepol ? itu satu rutin harian. Aku tak marah, Cuma mampu mengeluh.Sigh~~


*Lunch Hour.

Aku keluar dengan kapcai. Dengan niat untuk tidak melihat lain-lain kaedah amali pembatalan puasa. Rumah sewa staff terdekat aku tuju. Setiba disana.

Aku mengeluh, tapi perlaksanaan kali ini lebih panjang dari kebiasaan.

*Siiiiiiigggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~~~~!!!



P/s: Ni yang orang muda-muda selalu cakap. “Lari dari tahi anjing, jumpa pulak tahi babi”.

Puasa bodoh!!!! Duda anak dua. Aku boleh terima klu ko makan nasi atau isap rokok sebelah aku. Yang aku tak bleh terima ko togok ayaq setan time matahari pacak betul2 atas kepala.


Kalau Beginilah Gayanya, Aku Rela Duda Sampai Ke Tua!!

files , ,

Musim kenduri kawen fasa pertama mungkin dah hampir berakhir untuk tahun 2009 memandangkan cuti sekolah dah habis. Dan bila bercakap soal kawen, ia buat aku teringat masa muda2 dulu. Aku selalu terbayang akan ke gerbang perkahwinan seawal umur 25. Tapi selepas aku mengharungi usia muda aku dengan bekas dua calon isteri, aku dapat merasakan tempoh kawen aku akan menjadi semakin lambat. Mungkin bayangan indah aku ni perlu ditangguhkan untuk suatu tempoh yang agak lama. Tak mustahil, perkahwinan aku akan mencecah angka 30-an ketika itu.


Dulu perkahwinan adalah antara matlamat hidup aku yang utama selain bekerjaya, punya rumah dan berkereta. Bila sudah berlaku malapetaka dalam bercinta, mood untuk "mencari calon seterusnya" semakin terbantut ( tapi xbermakna aku akan menukar selera kepada lelaki). Keterbantukan menjadi semakin serius dan ia merupakan suatu perkara yang ngeri untuk dibincangkan selepas melihat aksi video terlampau ini. Aku memang tak boleh bayangkan betapa deritanya aku klu dapat isteri camni. Euuuuhh...!!! (Klu dapat betul, mesti org cakap aku kena madrem)

Walaupun taste utk calon isteri aku mesti seorang yang terampil dan cantik, tetapi aku akan tetap pastikan si dia tidak punya baka seperti "Perempuan Norbit" di atas. Masa kawen, slimriver. Genap 2 tahun, figure badan dah macam Bigshow atau Rikishi . Jika ia benar2 berlaku, itu merupakan mimpi ngeri saban hari yang perlu aku tanggung bersama anak-anak sepanjang hidup aku.

p/s :

Jangan salah pilih isteri. Nanti menyesal tak sudah kedian hari. Memang betul rupa paras bukan ukuran, ia lebih kepada Bonus sepanjang hayat untuk Si Suami jika punya isteri yang cantik, anggun dan mengiurkan. Apa yang penting, akhlak @moral yang perlu disandarkan, diselang-seli dengan komitmen yang tak berbelah bahagi. Banyak2 doa dan Istikarah Hint, mintak ngan Allah agar dibuka segala pintu rezeki dan dipermudahkan dari sebarang kesulitan. Mintak jugak dengan Allah, agar diperkenankan doa2 untuk mendapat peneman hidup yang akan membahagiakan kita Dunia dan Akhirat.