Segenap minggu perkataan sama buat telinga aku naik pekak secara otomatis. Makin manis kata meminta dari mulut si bacul, makin meluat aku tahi telinga aku bergetar. Siap buat adegan dramatis mata bergenang ala nak limpah tapi tak tumpah bila bercerita tentang hal diri.
“Aku tak tau apa nak jadi dengan nasib diri aku ni”
“Ampa tak tau, hidup aku susah sangat”
“Semua orang yang rapat ngan aku tak sayang aku, abaikan aku. Ada kawan, asyik tikam belakang”
“Ada bini tapi reti nak mengikis harta, hari-hari mintak cerai tapi aku tak mau!! sebab aku nak anak aku”
“ Motor kapcai aku plak, buat hal, da 3 bulan tersadai. Bukan tak nak repair, tapi hang tau-tau jelah duit aku, kalau ada RM10000 pon takan cukup nak sara hidup aku ”
“Qel, bleh tak aku nak pinjam duit hang lagi tak~?”
Hati aku digeletek panas lagi. Mana taknya, aku bagi RM50 habis RM50. Bagi RM100 habis seratus. Tak sampai dua hari. Itu baru cakap duit aku bagi. Kalau cakap pasal duit gaji dia, tak sampai seminggu habis diranap. Kalau kata buat duit makan, hari-hari nasi dan lauk yang dia hadap, Aku ngan si Katik yang cover.
Boleh jadi mental bila ada housemate mangkuk haram mcm ni. Umur bukan muda lagi. Kepala otak ada tapi letak lutut. Berbuih mulut aku lazer, tap otak bebal, bukan jenis hati nak terasa.
Hati aku yang Bengkak, yang Bernanah, yang Berbisul, yang Berkusta bukannya dia kesah bila semua duit aku dan Si Katik bagi, dia pi guna buat JUDI, buat MABUK, buat KHAYAL . Lagi menggelupur jiwa kering bila memang terang-terang buat depan mata aku.
Hang memang sial laaaa~~
Ahad, Januari 17, 2010 6:52:00 PTG
weh..aku yg dgr pon rs hangat..
bek ko xyah bg da duet kt dia..
da la wt benda2 haram..
kang xpsl2 ko pn tsangkut dosa gak..
bersubahat..
bhenti sblm lebeh melarat..
ps~tendg je dia kuar umah..(emo) ;p
Isnin, Januari 18, 2010 12:52:00 PG
Wah, aku hangin oh kalo ade kwn mcm tu. Die buat ape ngan duit tu? Hbs cpt benor. Pengemis pun tau berjimat tau :/ Cube kau tegor dgn tegas sket :)
Isnin, Januari 18, 2010 9:22:00 PG
salam pagi senin abang itewww..
Isnin, Januari 18, 2010 3:59:00 PTG
[duck]
aku ada gak pikir..aku nk tendang, tu pon rumah dia gak. aku bkn nk ukur dosa pahala dia, tp yg paling aku bimbang..klu rumah tu kena rush..lingkup satu rumah caj bsubahat..
[khal]
awal2 kesian gak..tp lama2 rasa cm haram jadah apa p tlg dia. yg aku bleh buat nasihat sket~sket. Aku ni jenis tak sampai hati klu org hari2 wat muka kesian. yg positifnya. dia da tak togok depan kami.
[en.me]
salam utk en.me
Selasa, Januari 19, 2010 8:17:00 PG
wahhhh...semoga ada kesudahan yang menggembirakan untuk semua orang...
Jumaat, Januari 22, 2010 5:12:00 PTG
mak ai takutnyer akak dengar mintak jauh dr keluarga. em adik haikel sabar yer tak payah nak kesian kat org mcm tu k. ada duit lebih masuk insurance ngan akak lg baik heheheh :p
Jumaat, Oktober 15, 2010 12:23:00 PG
Directory of insurance agencies organized by states http://insuranceinstates.com/texas/Houston/Infinite%20Title%20Solutions/77019/
Catat Ulasan