Dengan tenang dan perlahan tangan ditakbirkan seiring mulut terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. Aku hayati dengan menafsirkan ibu surah yang dibaca Imam.
“Segala puji bagi Allah..tuhan semesta alam. Engkau lah yang maha pemurah lagi maha pengasihani…..amin”
Mata tetap khusuk memandang lantai yang menjadi alas sujud. Tenang. Dengan tiba-tiba jantung berdegup seikit laju dari kebiasaan. Mata khusuk tadi beralih arah kepada anak kecil disebelah aku. Lagak gaya seperti sedang menggentel sesuatu yang dikorek dari serombongnya.
Tak semena-mena hati aku berbisik...
“ Ya Tuhan, janganlah Engkau memberi ujian keatas ku seperti umat-umat terdahulu. Jauhkan lah dari sebarang gangguan ketika aku yang lemah ini sedang mengadap Mu.”
Si anak kecil tadi selesai menggentel dan meletakkan tahi bijih sebesar nasi itu dihujung jari telunjuk. Dijentiknya jisim yang tidak bernyawa itu. Dalam sekelip mata tahi bijih tadi placing baikkkkkk punyer kat tempat yang bakal aku sujud. Tiada lagi monolog hati. Yang ada Cuma jiwa celaru yang berlegar dari awal rakaat sehingga salam terakhir.
Wahai bakal bapa. Didiklah anakmu supaya menjaga kebersihan diri. Sesungguhnya, Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.
JIwa celaru membangkitkan persoalan yang berbulan-bulan dipendam.
Si kunang-kunang terbang tanpa cahaya. Adakah ia tetap dipanggil si kunang-kunang?
Rindu dicantas ego. Adakah ia tetap digelar rindu?
Cinta yang telah lama berputik tanpa disimbahi sinaran kasih. Adakah ia akan berusaha berkembang untuk mekar sepanjang musim?
Satu persoalan yang aku kira punya satu jawapan : Aku dah gila.
Kawan. Bantu aku hilangkan kemurungan. Gelikan hati aku untuk bergelak ketawa bersama-sama. Sekang mata dan maniskan lidah aku melebihi masin air mata.
5 hari yang lalu
Ahad, Julai 26, 2009 2:54:00 PTG
rindu kekasih?
pergilah bertemu.
saya doakan kamu bahagia.
;)
Ahad, Julai 26, 2009 3:59:00 PTG
ego xkan bawak kita ke mana pun. mengapa perlu kejam? at least xperlu untuk kejam pada diri sendiri
Ahad, Julai 26, 2009 6:28:00 PTG
Ahhaaa .. kamu pun cakap tentang jaga kebersihan? memang perlu dididik dr awal. Sekurang2nya kena tegur dan beritahu anak2 kita, apa yg boleh apa yg tak boleh ...
Ahad, Julai 26, 2009 6:53:00 PTG
nak buat cm ne, budak kecik kalau dah besar terajang je terus. haishh
aku perhatikan lah kan, budak2 kecik sekarang ni makin low manner, sampai kadang-kadang aku pulak rasa baik hormat dorang kalau tak nak susah.
Ahad, Julai 26, 2009 7:22:00 PTG
I setuju dgn kata Nysa! Budak2 kecik skrg da tatau nak hormat org. Bule dikatakan tatau nak hormat langsung lah.
Jom bayangkan apa akan terjadi pada zaman akan datang. :D
Isnin, Julai 27, 2009 9:08:00 PG
bro,pe jadik ngan kes sujud tuh?ko sujud ke tak?hahaha..xpon ko bgerak sket untuk cari space sujud yang tak ternoda lagik?hmm..
btw,rindu dengan ego still digelar rindu..cuma tu rindu yang rugi..
n cinta tanpa usaha pulak tetap namanya cinta,cuma xberbaloi untuk dinikmati jek..
Isnin, Julai 27, 2009 1:38:00 PTG
[fareen]
bertemu?mahu skali..tapi saya berharap saya 'ada' kekasih..
[bijan]
Kejam pada diri sendiri..sakit.xkejam pon sakit jugak..lagi parah ada lah..sakit tetap sakit..
[Precious]
Betul..klu xtegur cmnana nk ubah. asyik backin anak sendiri..lama2 jd bebal..kanz?.hee~~
[Nysaa]
Budak kecik nysaa..boleh la tolerate sket..klu bapak org yg buat?sila senapang gajahkan susuk tubuhnya bertubi2..
[Khal]
errmmmmm.. dah bayangkan dah.. sangat tragis..generasi hari ni gambaran generasi mendatang..sbb tu pentingnya 1msia..smua org leh korek hidung ramai2..konsep muhibah..
[Duck]
Ko ni cam tau2 jer..takkan aku mau tepis pkai tgn..geli nox..main elak2 jer cukup..kiri kanan kiri..rasa cam bersilat dlm keranda..rindu kpd ego?..jgn duck..benda yg tak baik jgn di biarkan lama2..nnt sakit..jgn ikut jejak aku..
Isnin, Julai 27, 2009 10:57:00 PTG
Selasa, Julai 28, 2009 10:07:00 PG
ko nak pergi london ke?
the changcuters memang gerek!!! lego world
Selasa, Julai 28, 2009 11:12:00 PG
[Joe]
Oh tidak..haram dahi menyentuh tai idung..itu zalim pada diri sendiri.Lain la klu tahi idung tu sbesar tahi lembu, mmg da susah nk elak.
[yazid]
jid, syok kan klu ada koleksi masyuk cenggitu.. =]yeah..nnt johor ada lego land..hell yeah!!
Selasa, Julai 28, 2009 12:51:00 PTG
air mata memang masin ghiteww..
Khamis, Julai 30, 2009 9:09:00 PG
tak tau apa nak komen...
kelakar pun ada, bijih melambung tu
Khamis, Julai 30, 2009 11:55:00 PG
[en.me]
ada yg manis ker?
[rozita]
kak, geli~~ rasa nk muntah..tgk dia gentel.
Khamis, Julai 30, 2009 6:43:00 PTG
ko nih..sah semayang tak kusyuk..kalo tak musti ko xperasan perilaku budak tuh tengah menggentel bijih dia..hahahha..
sila upgrade kan sistem kekusyukan anda..hahaha >berkata pada diri senirik juga
Ahad, Ogos 02, 2009 12:07:00 PTG
aku suke maen lego gak:)
nk sume dlm tuh...
Selasa, Ogos 04, 2009 9:31:00 PG
[Duck]
Duck..aku mmg tahu. dalam seumur hidup aku 0.001% jer aku smyg khusyuk. yang lain haram. sigh..bodoh betul aku nih..
[azri]
azri!!!! rindu ko...T_T
NNt bila kita byk duit, kita beli sama2 eh..nnt kt jhor nk buat lego land..jom!!
Catat Ulasan