Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!
TAG 1
Bekas kekasih saya adalah : Pertama Aween , Kedua Shera.
Saya sedang mendengar : Kiara – Hanya Padamu ( ada awek sebelah tengah layan)
Mungkin saya patut: Potong rambut, sebab rambut ikal saya makin panjang dan dah mula gulung-gulung.
Saya suka : Makan nasi lemak RM1 yang dibeli oleh gadis anggun dekat Kampung Melayu Gelang Patah.
Sahabat-sahabat baik saya : Saya hidup keseorangan dan kesepian.
Saya tak paham : Kenapa Kuda Laut yang dibela mati?Sialan.
Saya kehilangan : sesuatu selepas keluar tandas.
Ramai yang berkata :Ramai yang cakap rambut saya kerinting, tapi saya tetap pertahankan prinsip rambut ikal mayang.
Makna nama saya : Kesuburan (Maaf, bunyi sedikit gersang!!)
Cinta itu adalah : Ibarat Roda Impian. Kadang-kadang cinta bisa muflis pada bila-bila masa.
Di suatu tempat, seseorang sedang : Menguyah nasi lemak RM1 dengan lahap sambil memerhati ungka yang berkeliaran dikawasan pejabat.
Saya akan cuba : Mengawal waktu PMS. Ia sangat susah untuk dikawal kerana ia membuatkan mulut saya menghaburkan kata-kata kesat. tahi!!
Ayat SELAMANYA membawa maksud : Benda yang paling teguh dietakkan tanpa gangguan emosi yang berani menggugatnya.
Telefon bimbit saya : Warna Ungu. Sony Ericcson W380i yang dibeli melalui kaedah tukar beli dengan model W850i
Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan tekan snooze setiap 5 minit dari jam 5.55 pagi sehingga 6.55 pagi.
Saya paling meluat apabila : Badan berbau hapak dan orang berak kencing yang tidak pernah reti nak basuh mangkuk tandas.
Pesta/Parti adalah : Dihiasi dengan badut-badut yang hanya reti menunggu makanan yang siap dibakar jer.Gelak tawa badut terhenti bila makanan yang dipanggang baru saja dipindah dalam talam. Ko ingat ko ratu?!!
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Anak anjing yang menyerupai panda.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Setiap masa silam saya sangat tragis!! jangan diungkit lagi.
Hari ini : Hari Rabu Yang Sarkastik.
Malam ini saya akan : Berbincang dengan rakan serumah tentang hari sesuai untuk menonton filem “makhluk pertukaran bentuk” di panggung wayang gambar Tebrau.
Esok pula saya akan : Seperti biasa akan berulang- alik dalam jarak 50km untuk ke tempat kerja.
Saya betul-betul inginkan : Megan Fox kembali menjadi teman wanita saya.
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Tahi!! Muka aku berminyak!! Cukup sebulan boleh buat goreng keropok lekor.
Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah sebab saya dah lama tak beli baju baru.
Makanan Barat atau Jepun : Barat sebab makanan Jepun tawar tahap cipan. Tapi hari itu saya ada cuba Onagi set, boleh tahan jugak rasanya.
Bilik yang terang atau gelap: Gelap suam-suam kuku.
Makanan segera adalah : makanan yang boleh disediakan dlam tempoh kurang 5 minit. Jika lebih dari itu, saya akan kebuluran.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : " Insyaalah!! "
Ketika ini seorang pekerja kerajaan bersungguh-sungguh mempromosi Perniagaan Multi Aras 'Penawar2U'. ( Dalam hati sentiasa berkata : Tolong berambus!!! ).
TAG 2
Apakah perasaan anda sekarang? Menyampah, sebab ada orang berniaga kat tempat kerja.
Saya nak makan? Nasi Padang kat Restoran Sri Bayu kat Larkin Perdana.
Saya tak suka? Miskin, Muka Plastik, Busuk , Hapak, Muka Hodoh, Bersepah, bau Tungkik dan Bacen.
Impian saya? Menjadi seorang pendidik. Saya nak ajar anak-anak watan supaya jadi orang berguna. Jangan jadi cam saya. Dulu pernah terpikir nak jadi pensyarah dan rasa nak kasi semua orang A. Sebab saya tau belajar susah.
Haiwan yang saya tak suka? Ular sebab ada keturunan darah gemuruh dengan ni.
Saya harapkan? Dunia ni aman dari pemakan rasuah!!! UMNO, Sila berambus!!
Jika boleh putarkan masa? Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan cuba mengawal ekonomi dunia.
Saya pada 10 tahun akan datang? Menjadi penglipur lara jalanan yang mahukan keamanan sejagat. Saya akan terus berjuang untuk anak bangsa supaya jangan jadi pelacur.
Telefon bimbit saya adalah sebuah? Hanya untuk bermesej, menelefon dan sebagai penggera bunyi.
Saya pernah bercinta sebanyak? 2 kali secara serius. Yang lain hanya cinta pandang pertama yang berlalu begitu sahaja.
Kawan-kawan saya? Banyak dan bersepah tapi tiada yang terbaik sebab saya pon buka kawan baik
Pernah dikhianati? Pernah, dengan awek pertama dan kedua. Dengan kawan baik pon pernah jugak, itu sebab sekarang takde kawan baik.
Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Saya akan menjauhkan diri dari orang tersebut atau berpura-pura menganggap orang itu tak pernah wujud dalam dunia nyata.
Siapa yang anda nak Tag?
Nysaa, Fareen, Helmi, Zizoul, Qilah sila jawab yer
DALAM BAHASA MELAYU KITA YER
4 hari yang lalu
Rabu, Jun 24, 2009 1:48:00 PTG
dalam bhs mlyu kita yer?
x tahan..hahaa!!
yela bang, nnti sy buat.
kehidupan anda sungguh tragis. saya akan jdkn iktibar.
=)
Rabu, Jun 24, 2009 3:20:00 PTG
semua jawapan tag anda sungguh menarik & menakjubkan
Rabu, Jun 24, 2009 4:19:00 PTG
huhuhu
susah tu
Rabu, Jun 24, 2009 5:43:00 PTG
Rabu, Jun 24, 2009 7:26:00 PTG
Saya betul-betul inginkan : Megan Fox kembali menjadi teman wanita saya.
(kena rebut la nampaknya ni)
wooo korang tak ajak aku pun tgk megan fox dekat wayang yer...
thank atas kesudian menjawab tag
Rabu, Jun 24, 2009 9:59:00 PTG
so aku kena buat tag 1 ke tag 2?
Rabu, Jun 24, 2009 10:40:00 PTG
ok haikel..aku akan jawab..sok mlm ingatkan lagi ek..hehehehhe
betul2 sibuk..tp soklan agak mencabar dan aku agak teruja nak menjawab..hehehhe
Khamis, Jun 25, 2009 2:10:00 PG
dah siap tag.
nampak sgt takde keje kan?
atau ade keje tapi tak nak buat lalu buat tag?
ada tag matematik tak?
hahahahah!!
Khamis, Jun 25, 2009 7:09:00 PG
megan fox kawe cop doh!haha
Khamis, Jun 25, 2009 8:39:00 PG
Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan tekan snooze setiap 5 minit dari jam 5.55 pagi sehingga 6.55 pagi.
sama gak!!!
Khamis, Jun 25, 2009 10:27:00 PG
[Fareen]
yeap!!! bagus..nnt cikgu buat semakan secara berkala utk memastikan tatabahasa anda betul. dan utk subjek matematik, cikgu xdpt arahan lg dari guru besar. kamu buat dulu modul 1+1 sampai pandai. nnt cikgu angkat kamu ke kelas grade 2. ;]
[Rozita Che Wan ]
Jangan terlalu kagum. kamu buat saya tersipu-sipu sendirian.
[Yazid]
apa yg susah?
[Ulasan dipadam ]
klu nk delete, bg aku baca dulu yer..
[Myself]
oh tidak perlu berebut. ko rebut la sorg2. sbb dia mmg dah sah jadi hak aku. hahahaha..woi!!! mana ada, ktorg xtgk lagi r..juz nk bincang jer..aku n hana jer..klu ko ada br best..yazid mgkn bisa dipujuk..zul, mmg sah2 xikut. xpe..Jang,aku n hana try tggu ko blk sini. orait!!
[Nysaa]
nisa, buat dua2 r..baru best..tp ingat pesan chegu,BAHASA MELAYU!!
[Qyla]
orait dude, nnt aku follow up sampai ko wat..klu x!! piapppp + stalat dahi ko!!!
[JS]
Banyok r cop doh..smua artis yg ada bitchy face..mmg org reserve kat aku doh..
[Duck]
pehal aku try bukak link ko xdpt eh?
ko punya kriteria sama cam aku. jd ko bleh masuk group manja tapi macho jugak.
Khamis, Jun 25, 2009 4:23:00 PTG
baik bosh, lepas ni boleh claim kilang gula2.
Jumaat, Jun 26, 2009 9:20:00 PG
try this link..
missducky17.blogspot.com
aku kannye reti sangat pon pasal blog2 nih..saya budak baru belajar..tak yah susah2 amik galah k..
type manja n mancos ke? bagus.. bagus..
Ahad, Jun 28, 2009 9:17:00 PG
[nysaa]
Tq nisa sbb dah buat. n takziah utk atuk kamu..al fatihah.
[Jo]
bleh tahan gak ko ni kan?..hheee~~
FIY, aku xnk jadi player. Biasa2 jer. masing2 ada pahit manis bercinta. dan khianat xsmestinya curang. banyak pentafsiran bleh dibuat. ;]
[Duck]
wooooHoo..k bos.dah dpt link yg betul. tq. =]
Ahad, Jun 28, 2009 9:17:00 PG
[nysaa]
Tq nisa sbb dah buat. n takziah utk atuk kamu..al fatihah.
[Jo]
bleh tahan gak ko ni kan?..hheee~~
FIY, aku xnk jadi player. Biasa2 jer. masing2 ada pahit manis bercinta. dan khianat xsmestinya curang. banyak pentafsiran bleh dibuat. ;]
[Duck]
wooooHoo..k bos.dah dpt link yg betul. tq. =]
Catat Ulasan