Demam bola Kelantan-Selangor berakhir semalam. Memang selayaknya pasukan Selangor yang menjuarai Piala tersebut. Jika diamati, telur pemain kelantan tiba-tiba menjadi kecut dengan mendadak semasa seawal permulaan sepakan penalti yang dikepalai Indra Putra . Indra sememang dari awal permainan lagi terlalu gemar menyepak bola mengenai palang, mungkin niat hati hanya untuk mendefisitkan jiwa pemain dan penyokong Selangor. Tapi masalahnya, teknik terulungnya sangat tidak praktikal bila diaplikasikan untuk sepakan penalti!! Apa pun, aku boleh tabik spring jugak kat Indra, sebab dialah penggerak utama enjin pasukan Kelantan dan bebanan yang terpaksa digalas terlalu berat sehinggalah Che Hishamudin diturunkan.
Dan dari pengamatan aku, perlawanan ni lagi banyak mengguna tangan daripada menggunakan kaki. Setiap kali jatuh, dua tangan pasti bertaut... Jatuh lagi, kepala disondol-sondol meminta belaian tangan sambil badan digesel-geselkan. Tidakkah anda merasakan drama ini kelihatan seperti Bulu terkeluar dari celah ketiak, dan ia cuba disorok dengan menyumbatnya kembali dengan menggunakan jari telunjuk? Tidak perihatinkah anda tentang situasi ini?Mungkin ini suatu aturan bagi menghalang mana-mana pasukan melayangkan kaki atau tangan pada tempat yang tidak sepatutnya. Jika tidak tiada tetapan ini, mungkin rusuhan para hooligan kedua-dua pasukan akan tercetus dan ramai pihak akan mununding jari kearah Penyokong kelantan sebagai penyebab utama.
Korang boleh claim hooligan Kelantan terlalu ekstrem atau korang boleh tuduh apa sahaja yang korang mahu. Mungkin ramai mengatakan penyokong Kelantan tidak mudah untuk menerima hakiqat kekalahan. Ada juga yang mengatakan penyokong dari serambi mekah ini bersikap kebudak budakkan tapi jika kita selidiki dan bangkitkan kembali perlawanan Kelantan-N9 di Stadium Sultan Muhd . Punca rusuhan adalah lebih menjurus kepada masalah pihak polis dan orang awam. Siapa tidak berang jika budak bawah umur dibelasah dan diperlakukkan seperti binatang? Jika benar sekalipun budak itu bersalah.. ada cara yang lebih sesuai menanganinya, jangan kerana Si Pembelasah punya title "POLIS". Maka, mereka boleh mendera umat manusia sesuka hati dikhalayak ramai. Wajar atau tidak wajar?
2. Penyokong Fanatik merusuh kerana penganiyaan berlaku dihadapan mata.
THINK!!
p/s: Entri agak berat. Jika tidak dapat menerima hakikat. Sila padamkan segera dari ruang kotak memori anda.
Ahad, April 26, 2009 9:26:00 PTG
sbb kelantan slps 39 tahun baru masuk final. biasalah kes2 tuding jari ni. polis sentiasa betul kot.
btw, indra putra boleh jadi macam ballack. asal sepak tak pernah reti nak masuk. tah kat mana org angkat sgt pun xtaulah.
Isnin, April 27, 2009 8:43:00 PG
memang berat.. moga2 majulah sukan tok negara ghitewww
Isnin, April 27, 2009 10:12:00 PG
..............
tiada komen
minda kosong
Isnin, April 27, 2009 11:55:00 PG
[shayra]
yeah..ballack pon bllack lah..janji masuk pasni..
[en.me]
sukan negara ?..fokus yg negeri pon belum tentu nak lepas..
[Jid]
Jiwa kosong..sangsi betul..
Selasa, April 28, 2009 10:28:00 PG
Aissh pemain klantan btol2 lepaskn peluang mase penalti tu..
Tp i loike amri mase tanduk bola smbil meniarap..haha style la matt
Khamis, Mei 14, 2009 7:04:00 PTG
benda da lepas..malas sudah mahu diungkit..
Catat Ulasan