Dua cerita dalam satu keadaan

files , ,


Aku naik bas ekspress…

Driver tnya aku… “Lu mana mau pergi?”

Aku balas dengan intonasi separa macho “KL..”

“Mana boleh..seat sula penuh!! Sula habes..!!”..

Erkk..berkerut muka aku..sambil menunjukkan tiket yang aku beli…

Tiba-tiba..datang dari jauh seorg pakcik…aku masih ingat..pakcik ni lah yang jaga kaunter bas S&S td..dia la yang bgtau aku bas mana yang perlu aku naik..jauh dia datang meninggalkan kaunter nun disberang jalan sana

Dia naik…perlahan tarik aku turun dari bas..

“Dik, org da ada book awal..awak kena transfer bas lain..Mayang Sari…” separa berbisik suaranya..

“tapi pakcik…saya beli tiket S&S ni malam semalam…”..aku membalas seakan tidak puas hati..

*aku lihat saja bas yang sepatutnya aku naiki tadi berlalu pergi..*buat jiwa jadi kacau seketika*

Pakcik tadi meminta tiket yang aku beli..dan menulis angka 4300…

“Dik, ni no.plat bas ekspress Mayang Sari..nnt jap lagi bas sampai pukul 12..”.pakcik.

“Erk..camne leh jadi camni pakcik?!”..nada aku sedikit tinggi.. mulut aku da mula memuncung..

Belum sempat pakcik tu menjawab..aku mencelah lagi…

“ habis tu..pakcik pasti ke bas ni ada?”…

“ saya pasti..saya dah bgtau stesen Larkin..tapi dorg tak book untuk awak..Mayang sari ni saya terpaksa bayar pakai duit saya….”

*hati aku dah mula nak memberontak.. pehal pulak….nak jer aku sound.. “TIKET NI SAYA BAYAR PAKAI DUIT SAYA!!!”..* tapi nasib baik la dia sempat sambung cakap sebelum aku hemburkan kata-kata yang terbuku..

.Pakcik. “ saya tahu awak memang dah bayar untuk tiket ni…saya dah suruh orang kat sana tolong beli kan tiket untuk awak…”…

Aku da mula tawar hati ke KL..mmg dari awal lagi aku tak teringin pun nak menjejakkan kaki kesana..KL menyusahkan hidup aku…aku tak suka KL…dari dulu lagi..

Dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi..dan aku aku diberitahu bas (S&S) akan sampai 11.45 pagi..dan di tunda pukul 12.00tghari (Mayang Sari)…dari 12 di anjakkan lagi ke 12 suku…12 setengah..pukul 1.15 tghari..baru lah sampai bas yang perlu aku naiki. Nasib baik pakcik tadi sentiasa ada bersama aku sepanjang tempoh menunggu. Rasa kesian ada jugak terlintas..bila tengok kaunternya terbiar begitu saja..pelanggan menunggu berubah hati..

Aku naik bas…driver bagi aku tiket..aku biarkan pakcik tadi deal dengan driver.

Aku lihat nombor tiket, 5. Mata melilau….aihhh..seat aku dah ada orang kebas..

*teringat entri si fulan ini *

Bas sudah bergerak.Aku redah mencari seat dalam keadaan tak stabil..no.11.

Aku duduk sebelah India..depan aku Cina dan belakang aku Melayu.. Saja nak bgtau yang sekarang ni aku masih lagi di Malaysia.

Mr.Nice guy sebelah aku..India. walaupun Nampak ganas budi bahasanya mengalahkan si Melayu. Dia tak macam India lain dalam bas yang aku naiki. Tak banyak cakap, tapi bila mulutnya bersuara..santun bunyinya..dia sempat offer aku makanan lagi..aku jer yang menolak..mungkin agak was-was kot.

Tiba di KL..mata melirik ke arah sesuatu.hati berbunga-bunga..walaupun pada awalnya memberontak…. Kadang-kadang tak semua perkara duka akan berterusan tiada penghujung..mungkin hidup ini perlu di selang seli dengan suatu yang indah.

Keesokan hari.Dari Pudu, aku da set jam kat hp pkl 12 pagi, aku bimbang terlajak tido sampai ke larkin.

Sedar-sedar sampai di Machap..

Ok..30 minit ..kata si driver bas. Waktu rehat untuk pundi kencing.

Semasa bhadas kechil tiba2 alarm yang aku set tadi bbunyi..

Aiseh..lama jugek aku tido..hampir 3 jam..

Habes buang aku terus blk ke bas. Aku tunggu kat luar. Aku tak nak naik lagi sbb seat aku blkg skali. Klu da naik susah nnt kedepan..nak gtau driver suh berhenti kat Sri Puteri.

Agak lama aku tunggu si driver. Bila Nampak aje kelibatnya naik. Aku terus terjah dengan penuh yakin.

Bang, Sri Puteri bang..perlahan jer aku gtau dia..

Eh, apaaaaaaa? Suaranya sedikit tinggi.

Sri Puteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..ak tinggi kan sikit suara aku..

Ini bas ke KL. Ko salah bas niiiiiiiiiiiiiiiiii….

Erkkkk…T_T dalam hati..jangan la cakap kuat2…aku baru perasan driver bas aku separa botak..haih..patut la muka driver bas ni agak hensem..

Penangan 3 jam tido tanpa henti….

Mamai..

8 Note:
gravatar
sHe berkata...
Rabu, Disember 10, 2008 3:45:00 PTG  

"Tiba di KL..mata melirik ke arah sesuatu..hati berbunga-bunga..

walaupun pada awalnya memberontak…. Kadang-kadang tak semua perkara duka akan berterusan tiada penghujung..

mungkin hidup ini perlu di selang seli dengan suatu yang indah.."

saya faham maksud ini..terima kasih.. =) ..

gravatar
Fareenz berkata...
Rabu, Disember 10, 2008 11:18:00 PTG  

ape dia yang dilirik sampai berbunga2..mahu tahu!!hehehe..

haikel, if i were in the bus, mau gelak guling2 sampai bus sebelah..hahaha!!

gila lawak lu mamai..hahaha!

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 9:16:00 PG  

[tumble]
faham?...buat2 faham ek....padahal xfaham2..huhuhu..ling lambat paham kot manksud tersirat org melayu.huhuhu..

[fareen]
mau tahu ker?..sampai kat pudu aritu..terus nampak dunki donut..lapar time tu sbb tak lunch lagi...T_T tu yg bbunga.. =p

abg tu sound agak kuat jugak kot...dah le masa menunngu tu..org dari tgk2 jer kita kat bawah ni...

mesti dorg pk.."pehal plak budak ni dok tggu kat luar ?"

gravatar
yR berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 12:21:00 PTG  

kalau suka...cakap suka
penat la asyik nak mengharap je...
mengaku je la
adik nk tau gak...

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 1:19:00 PTG  

SUKA APA?aku suka ko ker?...haih...yer saya mengaku saya suka sangat2 kat GULAI NANGKA..hahaha..

gravatar
Fareenz berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 1:43:00 PTG  

mesti org pk..

"hish budak nie...tiket kt kaunter xnak beli..nak tumpang2 plak.."

hahahaha!!

dunkin donut??ahh, macam tak telly jer dgn cinta anda..

pentipu!!

hikhikhik!!

gravatar
Hint PerihaL berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 2:48:00 PTG  

ada la..saya sgt mencintai makanan lbh dari segalanya..ngeee~~ tak caya..try tya tumble...klu marah ke,merajuk ker, eo ker, gaduh ker..makan tetap makan..huhuhu..sedap oooo..

gravatar
Fareenz berkata...
Khamis, Disember 11, 2008 6:29:00 PTG  

senang nyer nak pujuk..bg makan jer..

kalau la bf teman cenggini rupanya,aih..makan sodap la hari2..hahaha!!

*susah nak pjuk org x mkn pjuk ni*

Catat Ulasan