" Things You Should Know " Penyu Part 2

files , , , ,

Aku dimaklumkan oleh pegawai dari TRAFFIC SEA projek yang melibatkan survey (bancian) ni adalah yg pertama kali dianjurkan oleh WWF. Ini kerana mereka merasakan adalah perlu untuk mempunyai data kajian yg melibatkan social communication. Dan yang plg utama utk collect information on wildlife use and consumption in Peninsular Malaysia. Dengan menceburi satu lagi kaedah baru, mungkin ia boleh dijadikan sebagai pendekatan yg agak releven kerana secara tak langsung boleh mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej secara bersemuka.

Selepas selesai kajian isi rumah tentang pemakanan telur penyu, aku diarahkan utk menginterbiu makcik2 pakcik2 kat pasar2 di pasar sekitar daerah Kuala Terengganu, sbg permulaan. Membuat perancangan masa yang seswai perlu supaya tak mengganggu para penjual. Pasar yg plg mendapat tumpuan sbg syurga telur penyu diterjah..Pasar Kedai Payang.

Penjual ada yang agak susah..dan ada yang agak senang utk didekati. Purata jualan setiap hari di anggarkan 40 biji..ada yang mencecah angka jualan 64,000 biji setahun..jualan semasa musim mahupun bukan musim penyu bertelur.…dari mana dtgnya telur sms bukan musim?...kebanyakan telur yang dijual di Pasar Kedai Payang 97% didominasi telur penyu dari Sabah…for real..dengan harga sebiji telur berharga RM2.50 sebiji dan nilainya akan meningkat RM4.00 semasa bukan musim penyu bertelur. Klu harga untuk telur tempatan..harganya lebih mahal..RM3.50-RM4.00 sms musim. Klu bukan musim xtau la plak..sbb xde teluq..untuk dptkan jualan telur penyu tempatan sms musim pun agak susah..lg2 lar klu bukan musim dia.

Kemana menghilangnya telur2 penyu “Tganu kite”..korg xrasa pelik ker kenapa pengurangan telur di Terengganu adalah amat ketara dari tahun ke tahun. Sedangkan kerajaan telah menyediakan ruangan khas untuk pemuliharaan penyu melalui Jabatan Perikanan Malaysia. Di perkukuhkan lagi dgn sokong padu dari badan2 bukan kerjaan (NGO). Tetapi kenapa masih lg usaha ini masih tidak mencukupi?...


p/s:
pesanan makcik kat pasar kat aku…
Makcik : nnt bila dah jd org besar..jgn lupa org bawahan..org2 macam kami…jgn lupa diri yer…

aku: Baik~~~~ T_T

0 Note:

Catat Ulasan