Lembu Pun Reti Nervous, Ni kan Pulak Aku.

files

Debaran makin terasa.. Puncak mula untuk hidup dengan secangkir kasih yang berputik kembang menjadi centa. Mahu aku tekankan kasih dan kasihan punya maksud yang sangat jauh bedanya. Begitu juga kasih dan kekasih. Aku hidup berkasih bersama kekasih bukan atas dasar kasihan. Itu sangat aku pasti.

Sudah dua minggu… Otak aku membuat jutaan kali kitaran klip video lagu Hot N Cold, Katy Perry. Lelaki gila seperti dikejar anjing itu adalah aku ketika ini. Terdetik dihati aku….

"Betulkah tindakan aku?"

"Aku terburu-buru?"

"Mampukah aku?"

Segala persoalan akan dijawab pada hari ketiga Aidil Adha. Di mana, aku bukan lagi jejaka yang terkapai-kapai mencari konklusi. Aku sekarang sudah One step ahead. Insyaallah, sebelah kaki aku dah comfirm. Cukup jer duit, aku rembat kaw-kaw..

p/s;

Hakikatnya, punca persoalan adalah dari manusia lain yang cuba mengoyah sedikit keyakinan aku.Doakan aku bahagia dunia akhirat.

Hari-hari Hadap Nasi Putih, Kicap, Bawang.

files

Aku gelisah bila menunggu hari gaji masuk. Macam perit. Memang gaji aku tak besar. Tapi sepatutnya lebih dari cukup untuk tampung aku seorang bujang. Hairan gila, walaupun hari pertama masuk gaji, perasaan gelisah yang terbuku lima tak reti-reti nak lesap. Lega aku hanya untuk dua tiga hela nafas saja. Otak aku dah terbayang duit gaji tak sampai separuh bila jejak seminggu gaji masuk.

Mungkin betul cakap ustaz, insyaallah, Comfirm masuk neraka orang yang sentiasa tak cukup duit~ sigh~~ Arghh!! Mintak jauh...

p/s:

Mana pergi keberkatan duit gaji aku nih~~

Perit : Hati Tertelan Hempedu dan Kaca.

files

Dah berjanggut aku tak bermadah soal hati.

Gembira hati sudah berpunya. Sedih bila terpaksa kongsi kasih aku. Dua-dua aku rindu. Dua-dua aku cinta. Apa nak buat, soal hati bukan bisa kita bohong, hanya mampu cover pakai mulut.

"Yer, saya sayang awak sorang sampai saya mampus.. "

Mulut lacap ajer bila bibir suka bermanis bahasa. Sampai bila aku harus pendam. Memang sampai mati aku tak boleh nak padam. Aku sangat risau, bimbang tak mampu nak bahagiakan kedua-duanya. Tak mungkin aku boleh fokus pada SATU insan walhal secara hakikinya adalah DUA.

Dua-dua cantik.
Dua-dua Sedap peluk.
Dua-dua manis senyumnya.
Dua-dua tabah harung kehidupan.

Memang sampai mati aku tak mampu pilih SATU, aku mesti miliki DUA sekaligus. Baru hidup aku tenang amat aman. Aku cuba ikhtiarkan untuk menjaga kedua-dua hati orang yamg aku sayang.Ini suatu yang serius. Sebab aku sekarang sedang buka buku sifir untuk berkira-kira tentang masa depan aku.